Showing posts with label wishlist. Show all posts
Showing posts with label wishlist. Show all posts

Monday, May 23, 2011

alhamdulilah. wishlist no 1 dah lepas.

gaji pertame..... kedua ketiga keempat. huhu.
tp, still alhamdulilah dah pakai akhirnye :)


Sunday, May 22, 2011

keperluan VS kehendak. *1st time cerita pasal personal money usage*

assalamualaikum! :)

hye hari ni nak membebel panjangggg pasal duit. heh, MONEY IS NOT EVERYTHING. BUT, WE NEED MONEY TO LIVE. get it? so tak payah ckp i high demand, atau shopaholic, atau membazir ke ape. tidak same sekali. mungkin, tidak lagi. sobb. well i am a shopaholic, i love to buy make up, shoes, handbags, and spent a lot of amount on FOODS, but i just realllyyyyyy love them. make up i tak reti pakai sgt pun, eyeshadow tak usah ckplah kalu tak nak jd hantu, but i just really love the color, the flavor, the smell. *AHHHH*. but but but, i can managed well with my money. so far cam kalu x de duit sampai nank nangis pun, (pernah okayyyy nangis sbb takde duit), still alhamdulilah sesgt, blh managed. ngee.

dari dulu sampai i dah besar nih, org asyik ckp i untung mama abah kerja, i anak tunggal. eee rase nak lepok lepok ja. mmg la mostly mama abah mmg try yg terbaik utk i, tp ingt kalu i mintak BMW 6 series, dpt ke? tak lepas. wuwuwu. lgpun yerla, sooner or later i kene jgk belajar berdikari cari duit sdiri kan, life ain't easy, so mmg plg hebat i belajar berbelanja di asrama lah. and oh ye, di zaman kolej, duduk rumah sewa. itu baru lg hebattt. dugaan gila especially bila dah nk dkt Final!!! broadcasting kan, so kalau ada FYP mmg kene gune sgt bnyk duit. ape lah yg mampu zaman student? sobbb. apa pun 1st i nak say THANK YOU MAMA ABAH sbb dah bape ribu riban habis duit selama aqilah dibesarkan ;') hanya Allah yg dpt balas jasa mama dan abah.

and 2-3 hari ni. i online berjam-jam, utk tgk ape. cuba teka? Mr Google jd kawan baik i. i google kasut u taw tak. i love heels, i love pumps, i love platforms, i love wedges, i sukeee tgk org lain punya kasut, cuma i tak boleh nak pakai sgt. kaki i cpt melecet, i mean like sgt cepat, so i perlu extra careful kalau nak beli. and plg tinggi i blh pakai adelah 3inchi atau pun dlm 9cm. and sbb tu lah i bnyk wedges je, stabil n selesa sikit. and flats. tp lately i dah stop beli, thn ni tak de beli flats sbb mcm errr ckup dah kot. i mmg jeles tgk siapa2 yg blh pakai 6inci tuh. *gorgeous gila*



a friend of mine said, "most of the shopaholics are cute" :)

i rase dia org cute sbb i taw kalau shopaholic ni, dia dah target 1 brg ni, dia akan sgt excited,
obsessed bila nmpk brg tu and akan dptkan mcm mane jgk!


and so i dah kerja semula ni kan, i dah start runsing dah actually. sebab ini bulan may, bulan 5!

bulan May
- i dpt gaji half je, sbb start tgh bulan.

bulan June & July - 2 bulan utk simpan & kumpul utk AIDILFITRI!

bulan August - youuu. raya dah youuu. i rasa i tak beli handbag atau kasut raya kot. sobb sobb. memanglah tak mati tp sobb. *u just dont know how much i love shoes & handbag*. and ni akan jd 1st time i kene kasi duit raya dkt mama, abah, cousin2 i, anak2 sedara i! ohemgeee. cousin i belah abah + mama yg belum kerja = lebih lah 10 org. berapa belas tak. anak2 sedara i ade = 9 org. warghhhhhhhhhh. nenek i pun mestilah i nak kasi, 1st time taw. ;')

bulan Sept - 1 bulan utk saving lg... sbb bulan 10 akan gila semula...

bulan October - HOLIDAY DKT BANDUNG. u taw tak bandung tu ape? bandung adalah syurga dunia utk shopaholic macam i nih. tahu tak tahu? and i dah kerja, so i kene kumpul duit sdiri tahu tak? kawan i dah warning awal2, kalau tak de at least 1k mmg terkilan. soooo... i tak mahu lah terkilan sbb nanti kalau i terkempunan. nanti sampai balik Mlysia i teringat ingat T______T


and kawan - kawan. dalam minggu pertama bekerja semula ni. i ada tulis balik list benda yg memang dah plan akan beli. WILL BUY FOR SURE, by hook or crook.

1. BB/iphone. (half keperluan, half kehendak)
rasenye semua dah taw bertape i nak iphone4 tp malangnya abah nmpk depan mata sendiri iphone cousin i jatuh, and terus blank, abah nmpk bertapa fragilenye hp tu dan abah tahu anak dara dia ni ganas, so abah suruh beli BB. BB torch adalah 1st love i, tp BFF i kata tak tahan, mcm pegang BABY instead of BB, jd i rasanya lebih berat ke Bold 3. cost = at least RM1.5K

2. MACbook Pro. (keperluan)
walaupun i baru beginner editor tp sesungguhnya ketahuilah kwn-kwn, i blh ckp mostly, most of ppl in this industry, i mean broadcast industry, media industry mmg dr dulu guna Apple. guna software final cut pro. and kawan i dkt TV3 pun tgh target nak beli ni sbb dia amat perlu menggunakannya jugak. i dah google, harga MACbook pro ini plg murah = RM 4999. terima kasih T_____T




3. spectacles. (keperluan)
as u all know, i rabun jauh. haruslah, i muda lg, tak kan rabun dekat. and since these past few years i prefer pakai lens. senang walaupun leceh jgk bila mata kering. tapi.... disebabkan i menghadap PC je 24hours dkt office tuh, dlm air codn plak tuh, memang kering lah kan mate i dgn lens. tahu tak sepatutnya maximum pakai lens adalah 6-8 hours a day? i pakai more than 12 hours kot kalau keluar. huhu. so semlm i pun dah tempah lah cermin mata baru, pasni slalu la nmpk i pakai cermin mata je ye :P ade jenama coach, tp tak mampu lah kan. ingt nak beli levi's jgk, same dgn sunglasses i, tp takde yg lawa yg jenis frame hitam je, so i ambiklah bonia yg mmg tgh ade SALE! cost = RM350.

4. watch. (keperluan)
dear BFF, jam kita beli bersama sama hari itu telah terjatuh dan dah retak! bertapa hancurnya hati sy. wuwuwu. maafkan sy, sobbb ;'( makanya skrng sy hanya guna jam HP & kereta which is tak best jgk sebenarnye sbb hp selalu merata so nak melilau lak cari. i ada jam lain. 1 esprit tuh, bateri mati dah kot. 1 adidas tu pun sama. 1 lg adidas tu i syg gilaaaa tp tali die patah. sobb. jam tu mcm gelang. so for the time being i target yg simple, sporty, yet casual. and i dah jatuh cinta dkt 1 jam tu, PUMA. i dah pernah nampak n mmg teringat2. Guess mcm feminin sgt so i stick to this 1st. next time dah mampu skit baru i beli jam lain. cost = RM 300++.




4. ipad2. (kehendak)
ini mmg kehendak lah kan. sbb i rasa mcm confirm akan pakai BB, so sebagai ganti terpaksa let go iphone4 tuh, i nak i pad. tak kira nak jugakkk sbb cam sgt syok, mudah dibawa n mcm-mcm lg lah. *pdhal antara sbb utama nak on9 senang* ini, nanti-nanti ye. cost = RM2k ++.

5. DSLR (kehendak)
ini pun 1 hal. camera idaman tah bile nak dpt. wawawa. i sgt amat nak kot sbb i suka ambik gmbr. so sbb tu lah selalu takde gmbr i sbb i tukang ambik gambor je keje. tp ini mmg, kalau dpt lg puas hati lah kan sbb minat. cost = RM 3k++

6. table/desk for laptop. a BIGGGG one. (keperluan/kehendak)
ini adalah sgt penting memandangkan i mmg selalu guna laptop, selalu ada bertimbun gadget atas katil sbb suka online sambil meniarap lepas tu sakit badan, padan muka. lepas ni nak buat editing lg, lglah haaaa. erghhh. bilik i ni besor la jgk, ramai org ckp besor tp i kan pengumpul tegar jd sebenarnye bilik ni dah padat gila and sejak kerja lg lah berserabut. wuwuwu. i nak meja besar, kukuh, berat and suka lah nanti. haha. cost = RM errr, hari tu pernah usha dkt ikea pun RM 500++. silap2 almost 1k.



7. shoes cabinet (keperluan)
sebenarnye kasut i dah banyak sampai rak kat depan tak muat, sbb bnyk kasut org lain jgk sooo dlm bilik ni pun dah ada 10-11 pasang kasut. so ini memang dah lame i nak beli, yg TINGGI, BESAR, and TERTUTUP. i nak kurangkan habuk memandangkan sinus i kan teruk. ni pun mahal jugak kan! grrr. cost = RM 300-RM500.


8. barulah i akan pk pasal keperluan lain. sob sob sob.


mama abah ada berbincang, nak jual kembara. sbb blh kata selalu rosak. sbb beli dulu pun 2nd hand. itupun sbb dulu time duduk sarawak, bwk 1 kereta je. yg lain tinggal KL. so bila ada 1 kereta ssh lah kan mama abah nak berebut. so sbb tu beli je kembara. but then, mybe nak jual kot, wlpun tak abis bayar lg. so nak jual dkt Perodua jgk, and beli kereta lain dkt Perodua jgk which is Myvi / Viva. sbb senang utk kira payment sbb under same company. kalau i lah, mestilah i lg suka myvi dr segi bentuk dia tuhhh. tapi kalau just utk kegunaan semata-mata, Viva would be okay. i bawak je lah, tak delah nak demand. so, ni terpulang pada mama and abah.

mama ckp ni just utk i pergi kerja. kalau i nak jln ke ape, bwk lah kereta lain. merc abah ade. xtrail mama ade. persona kak sally. myvi kma. gen2 faris. kah3... semua nak masuk. tp like seriously, cam yerla x kesah pun mane mane. tp yg lg bestnye kan... mama cakap "nanti akak stabil sikit, akak bayarlah kereta tu ye" terus tutup telinga, dan membuat kira-kira di dalam otak. okay fine, lg murah kereta tu lg bagus. huhu.

heh. gaji i bape lah sgt as a beginner ni kan. Diploma plak tuh. i mesti nak try permudahkan mama abah. i anak tunggal. and tu tujuan i kerja. niat i. and sbb tu jgk i decide to cut off my maxis postpaid yg no 012-***8212 tuh. sbb i ambik value 50, and guna sikit je kot no tuh sbb HP tu bengong. tp still monthly kene bayar RM 50, utk ape tah, then RM16 utk value SMS ape tah, so total up dah RM100. pdhal i bnyk gune yg prepaid je. so dlm next week i terminate, dah jimat RM 100 tahu tak? phewww. so anything contact dkt 012-***8154 tu ye. if tak de no tu, inbox FB i.

see. banyak benda i nak kene fikir ni. and, kdng i tak dpt bygkan mcm mane org yg u know, gaji dia dlm 1k je every month, anak ramai, but managed to live. i do respect them, and at the same time mcm kesian jgk. sbb i tahu susah sebenarnye... hey guys, just imagine la rumah sewa KL ni nak dpt RM 800 pun ssh tau tak? susah gila. so mcm, erm, pandai-pandailah managed duit ye. jgn percaya Along! :P

marilah kita berfikir sebelum berbelanja! huhu. till then. take care! :)


Wednesday, May 11, 2011

alhamdulilah :)

sorry dear rainbow. been a busy bee with sweet stuffs. :)

thee. baru balik dr genting highlands. pergi semalam. tidur sane. balik td, terus tgk fast 5. lambat, yes, i jarang update with movies sgt since 2011 ni.

oh by the way... i got a good news. i don't know why, i tak berharap sgt pun sbb ada 3 stages i kene lalui, and rasa mcm 'sy budak baru belajar', but then ada satu keberanian dtg, which i rasa i nak buat and belajar sesuatu yg baru. so i ada berharap sikit lah. but in the end... i dapat! alhamdulilah! so, lepas ni, i memang akan belajar and belajar mcm2 and and i wanna give my best shot. very best shot.

ala senang cite. i pergi interview last monday, kelmarin. utk position admin/account. saja ja. sebab mcm ada minat dkt PR & HR plak. then tuesday terus gi genting. hebat kan. then i sgt tak berharap. sbb i rasa mcm gempak je boss-boss dia. tp tah i mcm ada satu semangat yg ckp 'kalau i dapat, i wanna used every single moment of it wisely'.

tup tap. boss no1 tgk qualification i, personally, dia suka. cuma ada lg 2 boss. then tadiii... baru je dpt jwpn. Alhamdulilah dpt. tp bukan admin/account taw. something related to broadcasting :)

benda ni time belaja dlu, erm, subjek paling lemah. tapi bukan i seorang ha, semua kawan lain pun terus jatuh pointer. wuwuwu. sabor je lah, kuasa di tgn lecturer. and mostly, bila ada group project, mmg budak lelaki yg ambik position ni. so, i tak pernah pun buat benda ni. TAPI... market dia tgh up. that is 1 of my strongest reason lah kan nak grab this opportunity.

maybe... maybe benda plg kita tak suka and rasa tak boleh buat tu, adalah yg terbaik utk mengajar kita, kot? i hope so. kan kan kan! aish, alhamdulilah sesgtlah.

so, i akan kerja semula, bidang sama, benda baru. habis dah cuti. till then!


Friday, April 8, 2011

disney princess

kalau dulu otak si kecil ini pernah berangan-berangan nak masuk syurga sebab nak ada semuaaaa baju princess-princess Disney. sebab dulu mama kata, "kalau buat baik, masuk syurga, boleh dapat apa kita nak". bersinar-sinar mata si kecil ni dan terus berazam... "kalau saya masuk syurga, saya nak semua baju princess disney. betul semuanya ada?" tersenyum si ibu.

oh tapi hakikatnya time tu otak cetek, maka abaikan saja angan si kecil itu. eheh. tapi dulu waktu kecik memang suka sangat tgk cite kartun, especially disney lah kan. sampai ade video tape, yg boleh rosak berkulat, lepas tu cuci video player banyak kali pasal nak tengok video cite kartun disney. terpengaruh sangatlah kan sampai azam hingusan nak baju disney bebanyak kalau masuk syurga nanti ;')

tapi memang tak dapat dinafikan disney punye kartun sampai skrng pun kalau ade dkt wyg, mesti mau tonton pnye sbb selalunye mmg best & klako! dah berpuluh tahun tp disney masih maintain, kalau tak masakan ade Disneyland yg menjadi kegilaan ramai kanak-kanak dan org dewasa. okay hari ni nak summarize sikit princess-princess disney yg utame.


snow shite. aurora (sleeping beauty). jasmine (aladdin). ariel (mermaid). beauty. cinderella


dulu dalam antara 6 cite puteri-puteri ni, paling sukeee ade 3. serius tataw nak pilih mane no1 antare 3 cite nih. 3 cite nih - cinderella + sleeping beauty + beauty & the beast. cite paling ta suke snow white. eh jgn salah faham, tak suke tu maksudnye tak fanatik lahh. kang ade peminat snow white boo plak. tskkk. erm, kurang minat snow white, entah? sebab rambut die x panjang kot. haha. pemikiran budak kecik time tuh macam tuh :P tapi snow white pun lawak sbb ade 7 org kerdil tuh!

cinderella. sampai ada cite Melayu buat cam cite cinderella ni kan. well, aku paling ske tikus-tikus tuh. siap pandai buat baju utk cinderella! comelll gileee. cindrella ni yg ade mak tiri and 2 org adek beradek tiri yg jahat nak mati tuh. tp in the end dpt gak die kawin dgn putera lepas jumpe kasut yg matching dgn kaki cinderella tu! dah name pun fairy tale an. mestilah ending "they live happily forever and after"

cinderella

lepas tu suke burung hantu pun sebab tgk burung hantu dlm cite sleeping beauty. boleh? sleeping beauty ni plak cite yg anak raja kene sumpah akan mati pd hari lahir yg ke-16. ahli sihir yg jahat, mmg ske menyumpah kan. oleh itu kurangkanlah menyumpah :P

lepas tu, aurora (puteri) ni pun mmg disumpah wkt umur 16. die pengsan sampailah putera die selamatkan die. actually putera dah pernah jumpa dia waktu dia lahir dulu, tp mana nak ingtkan. but, itulah org kata kalau jodoh tak ke mane. sumpahan pun berjaye dikalahkan. hebatnya cinta!

sleeping beauty


and the 3rd, beauty and the beast. yang ni memang sdeyh aa skit. sobbb. tp cite ni mmg bg aku antare yg mcm, memang mendalam la. ni baru cinta sejati. ini pun mcm gabungan cinderella + sleeping beauty sbb ada 2 org kakak yg annoying, + ada sumpahan-sumpahan.

and aku benci gile dgn mamat poyo bajet hensem dlm cite nih!

beauty and the beast


mermaid pun aku suke... tapi antare 6 org puteri ni, aku rase cerita ni paling aku tak boleh tengok sebab aku rasa cerita ni paling sedih. sebab ariel ikan duyung, sanggup hilang suara sebab nak pergi naik ke darat nak jumpa putera dia.

tapi ahli sihir tu jahat. putera tu terpedaya. tu aku sedih tuh. sobbb. tapi cite nih tetap comel sebab ade ketam yg bnyk mulut and ikan kuning comel gile tuhhh!!! :)

aladdin kire aku biase-biase ah. hehe. tapi selalunya cite camnih, yg 1st ori version nih je best. maksud aku, kan ade cinderella 2, beauty and the beast 2, tp cam kureng. sbb tu org kate ape tuh, yg 1st mmg selalunye yg plg best. betul betul betul.

actually. aku nak buat post pasal aku berangan kalau masuk syurga dpt baju gown cam die org ni. da meleret jadi pasal princess-princess disney. haha. ape pun sampai skrng pun, kalau ade cite nih dkt disney channel. aku nak tgk punye! ohhh, astro dkt rumah ni ada disney channel pun, utk aku je ;')


Wednesday, March 23, 2011

rancang sudah, tawakal pula.

semalam kan tidur pukul 5 pagi, bangun subuh mamai gile, lepas tu kelam kabut bangun balik 730am, cari abah. sebab nak minta duit nak beli no pin UPU. haha. sebab dlm beg duit kite ade 7hinggit je. :p abah tak de, so SMS abah, tengok-tengok abah kasi 50hinggit. so tadi bangun balik pukul 930am, paksa juga mata sebab nak basuh kain! lepas tu kacau sepupu tidur, kema! kejut kema, ajak pergi BSN. mandi. jemur kain. pergi mesin ATM BSN. beli no pin. so tak bersentuh lah duit 50hinggit tuh. tadi pulangkan dekat abah balik. anak yang baik kan! :P ada sebab dia.

SEBABNYA!
semalam dah berjanji dengan shafinaz, untuk hanya membeli barang make up + kasut apabila beliau balik Malaysia Julai nanti. 3 bulan nak puasa. fuhh. barang make up tu, memang pantang nampak watsons, nak masuk, nak belek, nak beli, lepas tu tak pakai pun.

by the way. banyak benda dah usaha hari ni. tawakal je sekarang.
- selesai apply UPU utk degree. UiTM, UKM, UPM.
- status permohonan MUET blh check online esok. so, wait til tomorrow!

time apply tadi, perasaan 50-50. tak berharap, dan tak tak berharap. oh ye, hari ni result SPM keluar kan. tahniah buat yg berjaya. a great start for you then. dan alhamdulilah, tahun ni genap 2 tahun tak menangis time ulangtahun keluar result SPM. kalau tak tiap tahun aku duk emo menangis. org lain periksa, kita pula lebih-lebih.

mama suruh sambung degree dekat Taylor's University. but, ingat lepas MUET nak kerja balik. sebab apa? sebab bulan Julai nak shopping dengan BFF i. haha. so rancangan lepas ni, kerja balik, tengok rezeki intake UiTM september, and kalau tak dapat, baru apply Taylor's University or terus kerja, sampai intake UiTM seterusnya.

orang lain sibuk cari kerja. Alhamdulilah, hari tu praktikal habis, terus kerja. hari tu dah kerja dekat industri media. dah rasa jadi wartawan, assistant producer, buat prompter, scroller, recording, call orang sana sini, buat muka tebal, and macam-macam lagi. lepas ni, nak kerja office! hehe. betul nih.

memang cinta gila dkt penyiaran. enjoy shooting sana sini. jumpa artis pun buat biasa je. tapi, target sekarang. nak kerja office, nak tajamkan communication skills, buat performance bagus, naik pangkat, tambah ramai contact, before 30, nak stop kerja. time for business. :)


Saturday, January 1, 2011

tuhan, tolong.

Tuhan. tolong, tolong kuatkan aku. tolong sedarkan aku. tolong.
tolong kentalkan hati aku. tolong, tolong aku bangun di saat aku jatuh.
terdiam, terduduk. menangis.

Tuhan. tolong. tolong ingatkan aku, ini semua permainan dunia.
pentas dunia, mereka di sekelilingku pelakonnya. pelakon terhebat.

tolong ingatkan aku bahawa ini semua ujian-Mu. takdir-Mu.
tolong ingatkan aku, hargai apa yang aku ada di depan ku. bersyukur.

Tuhan. tolong. Kau tahu apa yang terbuku.
apa yang terselindung. di sebalik aku.

maka, tolong. serendah diri aku memohon.


Saturday, December 11, 2010

which one?


i love iphone 4.

BUT... i want something yg tahan lasak. cuz i am a dinosaur. :)
then with a lot of applications.

and usually guna phone, at least for 3 years.
bukan jenis tukar-tukar phone.

any suggestion?





Friday, November 26, 2010

mood hyper terlebeyh


assalamualaikum & morning guys! :)


oh my god. cant wait for next week, month of holiday will begin! *SENYUM LEBARRR* oh ye, hidung dah makin mengecut. eh salah, ulser dlm lubang hidung belah kiri tu da makin mengecut, alhamdulilah! tp gigi semakin cpt ngilu. esp to cold, sweet, sour foods. haih. ubat gigi sensodyne tuh mmg da jd kawan baek baru lah. terase diri nih semakin tua tahu tak!

btw, teruknye sy tahun ni. boleh terlupeeee anniversary BLOG nih! ish. patut rase pelik je. lg cam best kan, tarikh tu sy x upload blog pun. upload? update der!. ish ish. oklah, happy belated 2nd anniversary dearie rainbow bloggie on 8th Sept 2010! eh eh. 2 tahun dah awk. kira setia sy dkt awk blh tahan hebat aww. wahaha. i lapp u laaaa. sorry la if kdg sy menconteng dinding awk dgn kata-kata tak best, sy akan kurangkan! :)

oh ye. sy dpt something special dr abah & i've never ever asked for it. never! dont assume me as a spoil child okayhhh. open ur eyes, lots more spoiled nonindependent kids out there! *SERIOUSLY*


CREDIT CARD WEYH :)
*utk minyak dgn reservation or booking pape je* JEEE


and adelah 1 hari tuh kan, punyelah excited masuk kedai hardware Mr.DIY. die kan macam gabungan kedai 2 hinggit + kedai 5 hinggit + Ace Hardware. wahaha. serius meyh! cube teka ape benda sy borong plg bnyk? :P


GAMBAR SIAP ADE SPARKLINGGGG taleh blaaaaaaaa.


TA-DAAAA. STICKERRRRRRR XD



ayat mama 'haih, perangai budak-budak die x habis lg rupenye' wuuuuuuuu. TAK HABIS LG! :P

and tahu, perfume strawberry sy beli dkt Madinah tu dah nak habis taw, tp MIA. waaaaa. ke mane tah. dah geram, keluarkan semua perfume termasuk yg belum pakai, letak dpn mata, biar gilir-gilir puas-puas. erm... perfume chanel kesygan tuh, mcm dah bosan pulak. pdhal baru 1/4 pakai. T__T

haaa. kuar semua kuar kuar. :P
Russia, Body Shop, BOSS, Chanel.

and yer, rase nak beli iphone4 makin lame makin pudar. sbb cam bnyk sgt je weakness die. dahlah aqilah amin nih ganas HP jatuh berjuta kali pun ta de perasaan. muahaha. so iphone4 tuh kang jatuh 4x dah fragile, mmg nangis ak gune duit sdiri beriban. tskkk.

dengki abah gune blackberry benarnye... muahaha.

oh minggu ni gile bnyk makan. breakfast semlm maggie goreng + roti boom. PERGHHH. lepas tu dinner semlm mkn marshmallow cheese cake *YUMMYYY* dgn chicken golden blue (ala-ala secret recipe chicken cordon bleu). and then past few days ade mkn KFC jgk, ade mkn Double cheeseburger jgk, ade mkn Keropok goreng jgk, ade makan nasik sepinggan jgk! HUWAAAAA. ok, jage mkn semula minggu nih.

1 of my fav secret recipe's cake.


ak ta de la fokus pasal nak kurus. tp sebab ak tgk skrng ramai org mati sbb pemakanan. eh kejap sy, kejap ak. lantaklah. ha, sbb seriously, makanan skrng bnyk bhn kimia, bnyk yg pengawet, bnyk manis & fat, jd mmg org skrng ni dpt penyakit dr sini... sy tammo pendek umur, tammo! nak pakai DSLR dlu, nak pakai audi A4, (sila klik link AUDI A4 tuh, meremang bulu roma ak tgk, taleh blahhh) BMW X6 dlu, cayenne dlu. wuwuwuw T___T

kenape ko kacak sgttt. ko je lah kereta pertame yg buat ak ternga-nganga tgk ko.
ko je lah kereta yg pantang ak nmpk kedai kereta, ak cari ko.
ko jela kereta blh buat ak terdiam ble tgh kepoh.


and SINCE ak da promise diri sendiri, dan org tertentu *ehem* utk hanya membeli handbag, perfume, brg make up HANYA SELEPAS june 2011, korang tahu tak bertapa seksanyeee mata & batin ni tgk COACH SALESSSS, tgk skrng ni YEAR END SALE! T____________________T ta pe laaa. siap lah YEAR END SALE 2011. muahaha.


oklah ok ok, banyak lg nak cerita, tp cam x de pekdah je blog sy ni dkt org lain. wahaha. ok, tata 4 nowww! XD


Wednesday, September 22, 2010

rase cam nak sengih je mcm kerang. hehe..

oh tidak, bukan ape. mood sy mmg senang dipengaruhi oleh lagu. tgh dgr lagu 'can i have this dance' from high school musical 3. HAHA. yer, tu la 1st n last tgk high school musical. itupun sbb ade kambink gurun yg nak sgt tgk dlu. cett. ak ajak tgk transporters, die nk tgk cite tuh. tak rock btol. :P

oh blogger skrng cam pelik sikit dkt chrome. sbb tak boleh tukar font & colors. i thought it was mine only, but then tgk dkt FB kwn, die punye pun camtuh. so asal nak gune blog, mesti gune IE, for now.


btw. 1 lg sebab ak rase nak sengih2 cam mintak penumbuk, sebab... aku teringin ssgttt nak belon cam dkt ATAS ni. ak mmg skeee belon yg kilat2, comel2, mampat2, TAHAN LAMEEE mcm dkt ATAS ni. dr aku bby lg. tak caye lu dtg umah wa sabtu ni, wa tunjuk gmbr wa bby kepale botak lg pegang belon ni! :P

tp mmg ske. mama pun, ak da besar pnjng ni, die kasi lg kadang2. awwwww. :')

jd sape yg bek hati tu kasi la aku belon ni sbb dkt stesen minyak cam petronas berlambak der! itu lg murah lah kan kalau nk compare dkt memory lane atau famous amos ''-___-''

blh je ak nak beli sendiri. tp cam, tak best plak an. sobbb.

LAGI 1 sebab - ak cam tak sabar open house rumah ak sabtu nih. pdhal x de bnde pun. mybe sbb ak x saba nk shopping brg dapur tu esok kot. cehhhh. oklah sume sila dtg ye sabtu! :)


Monday, September 20, 2010

a month left before i'm officially 21 - 20.10.2010

kalau nak tahu, blog ni mmg tmpt sy jadi diri sy. dan sy bercakap, berucap, seolah-olah sy ckp dgn kwn baik sy -- kenal siapa sy. yg tahu beza sy teruja, atau riak. yg tahu beza sy terbuka, atau berlagak. tp, dkt blog ini jg ramai berfikir sebaliknya. mereka itu, yang kenal sy, sedikit pun tidak. biarlah :)

hari ni 20 sept. genap lg sebulan hari lahir sy. abah tak suka guna ayat 'hari jadi'. sbb abah kata kita dilahirkan, bukan dijadikan. tup tap tup tap. tak berapa nak sedar pun hari lahir tu tak lama je lagi. tapi tak best, sebab hari RABU. :(

21 pada 20102010.

cantik gila nombor tu. it only happened once a lifetime! well obviously it is. tarikh itu tak akan wujud lg nanti. i didn't expect much. same like last years -- nothing much. but seriously thanks for those wishes, and those small gifts which means SO MUCH to me :)

mama dgn abah selalu risau kalau nk dkt bday sy. HAHA. sbb mereka berhabisan utk beli sy hadiah. beruntungnya Aqilah. alhamdulilah. terima kasih mama abah sbb selalu berusaha utk tunaikan permintaan anak mama abah walaupun kadang-kadang selalu bersikap tak pernah puas apa yang dah dapat.

utk special date 20102010 ni, i actually want a simple, warm birthday. the very ordinary one, i mean. i dont want cash, i dont want any shopping spree. i just want...

some fully wrapped gift --- just like i managed to get when i was 10.

birthday cards --- most important thing to me, as always.
sentimental value.

and a couple of cupcakes. i love cupcakes.
but i never bought them. ppl just gave it to me :)


and a big great warm hug & pray from :
family. friends. and of course, love one.


Saturday, September 18, 2010

wishlist yg agak tak boleh blah - wishlist 2010


okay, sejak 2-3 hari. minggu, bulan ni, atau blh kate sejak dah makin tua nih, TASTE pun dah berubah. dulu selalu tak percaya bila mama ckp "selera berubah seiring dgn usia". dan dlm otak, selalu berfikir mcm mane utk menjana bnyk duit. eh sorry bkn mata duitan, cuma nak berjaya & dpt beli semua keperluan, kehendak, balas jasa ibu bapa -- dgn hasil kerja sendiri. ya ya, mahuuu!!! yg penting, mahu tlg mereka yg kurang mampu sbb sy ingt lg, ada seorg budiman pernah ckp dkt sy - duit, rezeki yg kita ada hari ni, sebahagiannya milik org lain, jd kita seharusnya bersedekah dan bantu jika kita mampu :)



inilah dia wishlist 2010. ada yg baru.


AUDI A8
(sumpah terpengaruh dgn kekacakan kereta ni dr Transporters)


CAYENNE PORSCHE
(ini memang dari dulu sampai TUA BONGKOK pun sy nak!!!)


BMW X6
(yang sudah di-modified
mmg SMART gleee)


IPHONE 4
(actually nak ipod touch je,
then ni mcm COOL jgk.
tak nak BB atau iphone biase :P)



NOKIA E72
(putih - siang malam
termimpi - mimpi)






NIKON DSLR
(ini lagi satuuuu.. parah memikir)



HANDBAG COACH.
(design 2010 die ni bnyk funky2.
walaupun harga semua nak dkt 1K)



sy tak ada duit PTPTN,
MARA mahupun sugar daddy.
MARA sponsor yuran belajar je. huwaa.

maka haruslah kita berusaha!
yeah yeah!
:D


Thursday, August 5, 2010

stand for yourself -- let it all out ;)


i will, and always, think twice, or perhaps, more... before i begin to write anything here.
this blog, it ain't myself anymore. not at all. u guys keep on manipulating me.
keep reading, and judging me. and being so hypocrite towards me. and yourself as well.

i can't, and will never be good enough to satisfy everyone. so do you. SO,
stop feeling sympathy -- towards all the feeling i've been trying so hard, to hide.
stop making rumors, stop saying 'hye' when all u wanna say was -- bye!

i have my stories. u have yours. we might share the same flow, the same situations.
but, this is me. and that is you. i am who i am. and you are who you are.
do not expect me to face it, the way you did. cuz we are all different.
even when basically, we are exactly the same.

to gfs (girlfriends -- with 'S' -- no specification, it is for everyone, including myself)
- stop being a player. we are in the twenty(ies). be a grown up girl. stop SELLing-FISH.
- stop smiling in front of me when u r a real back-front-right-left-opposite- STABber.
- don't act like u care, when u are wearing that 'fake smile mask' on ur face.
- stop updating ur status -- such as blaming others, talking bout karma, or begging for sympathy, when u r talking bout ur reflection. change yourself first. BAD GIRL.
- don't have to be such an emotional girl -- reading all this thoughts, & advices. i'm telling u the truth. change... gfs, naa, girls. not such a good friend anymore, to be frank.
- and to be honest, i HATE to have a friend with an ATTITUDE like u (u u u u). such a drama queen with a black, bitter, stinky heart.


okay, who's having an emotional breakdown now? haha. *gile kaw qilah.* just. kadang diri terlalu peduli apa kata org, apa perasaan org. sekali sekala perlu peduli kata dan rasa diri sendiri pula. siapa lg mahu peduli kalau bukan diri sendiri?

thank you true friends. very much appreciated, deep down inside. *blessed*

get out fake friends. thank you, for being a part of my life, at least. you are so much welcome to blah blah blahhhh. ;)

Thursday, July 29, 2010

harapan

selamat tinggal hujan, awan gelap, ribut.
bawa hulu balang kau yg menikam aku dari belakang,
bawa pergi jauh suruhan kau yg sentiasa dengki melihat aku,
jauhkan aku dr melihat mereka yg mengecilkan aku.
sembuhkan luka aku ini, dan biarkan parut itu kekal. biarkan parut itu mengeras.
supaya kelak, aku tak mudah terluka lagi. supaya, aku tegar.
sabar. nanti, bila aku pusing lagi, baru mereka nampak,
langit tinggi rendah. tanah luas lapang.

terima kasih pada yg satu, Allah S.W.T.
terima kasih mama abah. cinta hati. sahabat sejati.
semangat, setialah kau bersama aku. tabah, tenang, tolong jadi teman hati aku.
selamat datang pelangi, matahari, bintang terang. bawa bersama bidadari aku.
bawa datang rahmat-Nya. bawa dtg hikmah-Nya. bawa dtg petunjuk-Nya.
pintaku usia ku dipanjangkan. kelak kan terbayar masa lalu yg aku siakan.
supaya jasa ibu bapa ku dpt dibayar, dgn senyuman dan rasa syukur.
insya Allah. aku yakin, anganku nanti, jadi kenyataan.


Saturday, July 10, 2010

best things in life aren't things


well hey, hye, my name is Nur Aqilah Mohd Amin. assalamualaikum. i'm sitting on the floor in the corner of my room, writing this thoughts and answering a few questions from my friend. she asked me these questions long time ago, and she said it would be a pleasure if i wrote it in my blog. and, i'm writing now dear friend ;)




1st quest - how many friend request are still pending in my FB, n why i let it be that way
= currently i have only 309 friend requests. i ignored some, i blocked some, and there goes another 309, still pending. to be exact, i would like to ignore all of them, but it would be much easier for them to keep on adding me. and, i did approved those i knew and currently i have 537 friends which are those i really called friends. schoolmates, teachers, college mates, neighbors, families, and 'dearest sunshine' from this beloved blog. i love new friends, new connections, but i guess, enough with that. cuz at the end of the day, they might get hurt, as well as me myself. ;)

2nd quest - best things to make myself feel better.
= as i grew up, i realized that nature, ppl around me, life itself, do make myself more comfortable. it just i need some moment. i love water the most. the sea & the beach, the river, the rain, and not to forget, the rainbow. eceh, nak juga tu ;P oh, food, obviously yes --esp coffee, ice creams, and chocolates. ngee~ cats -- dearest pepper & hyperactive sugar. kiddies. the little bby one. so adorable aren't they? ;) it all basically begin with a pray to Allah, that i just keep it to myself.

3rd quest - what do i really want in life.
= i just wanna be happy & successful. dunia akhirat. being happy & successful doesn't demand me to be rich, or over the top of the world, just, it will be nice and amazing if i achieved things i wanted in life & got a chance to be somebody, i always love to be. i don't wanna be a billionaire or a role model. i just wanna put a wide smile on my face everyday, where it comes from my happy soul. i just wanna drive my dream car. and be a good daughter of mama & abah. and. live happily ever after with the one i called--soul mate. that's it. Allah will give us the best, if we're trying to be the best. guess i need to put on 'new clothes' to lead myself to a better me ;)


there are another 3 questions. to be continue later honey. for sure, from my point of view, best things in life aren't things. it is how u are yesterday, today and, tomorrow. it's ur memories. it's ur life. ;)