hey dudes... al kisah aku duk pelik jgk kenapa ada org kata pakai tudung macam ni lawa. i mean mmg lawa, lawa bila hana tajima pakai, maria elena pakai, fatin suhana pakai, tp aku pakai sebab aku malas iron + malas nak lilit + malas pakai brooch + nak cepat + santai.
nak tau satu benda lawak? 1st time aku pakai macam ni, dkt Kuantan hari tu. sebab dah OTW (on the way) balik KL, so mestilah duduk dlm kereta lama kan. mestilah nanti tudung aku herot sana, herot sini sebab dalam kereta berjam-jam for sure aku akan tertidur. then mama nak singgah Tanjung Lumpur. Tanjung Lumpur tu bkn mcm Tanjung Rambutan ha! Tanjung Lumpur ni kalau dkt Kuantan mcm tmpt org makan ikan bakar, sotong goreng tepung, Satar, Otak-Otak, kuih tradisional semua tu lah.
lepas tu, mama ajak aku teman dia, turun kereta, pergi beli kuih. aku pun turun je lah.
mama : akak. tak nak pakai tudung elok-elok dulu ke? mama tunggu.
aku : elok macam mana? tak elok ke ni?
mama : tak de la, tu kan tak siap lagi, pakai la pin apa semua dulu.
aku : HAHAHAHHA. mama, dah siap okay, ini memang fesyen dia longgar2 macam ni.
mama : oh ye ke? macam kemek-kemek macam org arab camni?
aku : ye mama. nanti mama tgk dkt KL naaa da berlambak.
pastu tak lama tu die nampak yuna dkt TV. baru die duk "O0o0o0o0" -____-''
Isnin malam lepas, teh semua datang, dengan sepupu sepapat & cucu dia. mama abah plak memang asyik nak tengok HMM (Hikayat Merong Mahawangsa). So ptg tu, bertemankan namin, aku pun gi Wangsa Walk, just nak beli ticket utk malam. Guess What, the whole hall tuh full. FULL okay full. tinggal couple seat je. aku duk bilang, memang 6 org nak tgk HMM. so beli je lah.
3 couple seat HMM - RM 78
2 adults Rango, 2 kiddies Rango - RM 38
cerita ni, best malay movie everrr lah. well, ramai org suka, and a few tak suka.
yg tak suka semua LELAKI. termasuk namin. :P
apa aku blh ckp, cerita ni aku tak letak high expectations at first, sbb ni 1st try dia org. aku biasa-biasa je perasaan. tapi start je cerita, mmg aku rasa macam tgk cerita overseas. seriusss. and mmg aku tergelak seorang ada lah few flaws, very little, tp utk 1st try, mmg amat sgt hebat lah bg aku. almost perfect dah. and cerita-cerita camni lah buat aku rasa makin syg dkt broadcasting. :')
bahasa dia org pun simple je, tak de la klasik mana pun. mudah je faham. mostly pun english, little chinese, few malay. semua 6 org family aku, setuju cerita ni best. mama abah sampai nak tgk lg taw. editing mmg bnyk mainkan peranan penting. camera movement jgk. setting terbaekkk. ape pun. aku suka cita ni! SUKAAAAAA :D
oh ye, bebudak tgk cerita ni. tak da la budak mana.
Badlishah yg dah jd doktor, ayie yg tgh nak jadi arkitek. KAH3. budak la sgt.
then aisyah, akashah, rian. ha tuh kecik. dia org kata best!
bebudak tu x yah kira lah, semua best. tp yg 2 org tua tuh ckp best.
so best la kot. sbb 2 org tuh mmg choosy gila.
and hari ni, di saat aku tulis ni, aku tengah duk sorang je. sobbb. mama pergi UPSI. Abah pergi Temerloh, ada pegawai meninggal. Kak Sally kerja. Kema pun nak pergi kerja dah. Namin pergi lawatan dkt Kedah/Penang. Faris outstation hong kong & Taiwan. Mama ngah & abah ngah pun dkt India lagi... Teh, cik, kanak2 semua pergi bercuti dkt PD... and so, since semalam last lah kot aku jmpa namin utk minggu nih, kita org gi Wangsa Walk tgk Unknown. nasib baik semalam booking guna credit card, sebab Rabu kan ramai org dkt hall. so semalam sampai, ambil tiket, beli popcorn, terus masuk. Cerita unknown ni mmg lama dah aku nak tgk, mmg genre aku kan. so semalam, puas hati jgklah. namin kate best. but bergantung pd org, if korang ske cite inception, maybe korang ske cite nih gak. eh tapi namin x ske pun inception ;(
esok, pagi pergi facial, then petang gi Melaka kot, kalau jadi. kalauuu~ ada anak kawan abah kawin. Ahad aku maybe pergi Sunway. maybe. so, till then. astalavista!