Showing posts with label as i am. Show all posts
Showing posts with label as i am. Show all posts

Monday, April 11, 2011

sayang, ada masanya kita perlu berdiri utk diri sendiri

asssalamualaikum wbt. :)

kadang sy mulakan dgn assalamualaikum wbt, bukan sbb tiru fatin liyana. jauh sekali. ataumungkin tiru benda yang baik. sy lupa kot, maksud dia "sejahtera ke atas kamu". Kita doakan kesejahteraan dan keselamatan org lain. benda yang baik sebenarnya. sebab tu saya cuba amalkan sejak tahun 2011 ni. tapi biasalah, nak biasakan diri buat benda yang baik, kadang-kadang selalu terlupa. orang lain pun mungkin ada yang tertawa. adatlah dunia, kita berbuat baik pun salah, buat jahat apa tah lagi.

Alhamdulilah selesai sudah MUET speaking yeay yeay yeay! ape nak yeay sgt, result tak keluar pun lg. exam tak habis lagi qilaahhhhh. well, alhamdulilah i met a lot of sweet new girlfriends, budak kecik baru 20tahun, tgh belajar dkt UTM mostly. mereka malu-malu tp gila, macam sy. i was the 1st candidate of 2nd group. so i have to make a kickstart of the day, and not to forget, the conclusion of the discussion as well. it was okay. okay-okay je sbb u know, i was nervous, so, i did pause a few seconds, ehhh everyone did lah! so no worries. *eceh, sedapkan hati sendiri.* but we made it anyway! :)

basically the MUET test is super duper easyyyyy. Ya Allah, it was a very simple topic, used a lot of common knowledge and ur POV(point of view). lucky for us. tapi itulah sy rasa rugi nak mati sbb nervous so macam ade mcm blank, eh bkn blank, ayat terulang bnda yg sama, but i did managed to support my group and came out with a conclusion. okay lah kan? insya Allah. i hope so. good luck adek-adek! kte jmpe lg sabtu niiii!

i've been bz lately. not doing much. it was just me spending my time on my own, with my family most of the time. and doing my silly stuff. eat foods i love. oh yar, i bought my baju raya already. HAHAHAHA. mama suruh rembat, rembat je lah. tgh SALE, so penjimatan lebih hebat. why not? and ye ketat cukup2 je bile pakai, tp itu tandanya kena kurus sikit, since i've been putting so much weight lately. about 3kgs for these past few weeks, i believe.

okay. back to serious matter. 1st of all. i'm SORRY for ---

1 - not replying your message. sbb i cpt pening SMS sambil buat kerja. melambatkan kerja.

2 - and this post, is not related to anyone. it was just me feels like, writing it all down.


kalaulah ade yg perasan, kalaulah ade yg bace blog ni dari dulu, kalau ada lah. sbb selalu org yg follow blog kita nih, selalu dia tak baca pun. dia follow je. TAPI org yg tak follow, dan jadi silent reader, haaaa tu yg pembaca setia. ohhhh i do feel that is ironic. :) *peace*

sekarang tgh pasang headphone. duduk atas lantai, depan laptop. hujan lebat. kilat sabung menyabung. dengar lagu... hurm. sy sebenarnya penakut. yup, sy mengaku dan dah lama mengaku. sy penakut, sy sgt tak yakin dgn diri sendiri. sy selalu dibayangi bayang-bayang ketakutan, which is memang digelar pengecut lah kan, sbb takut dengan bayang-bayang sendiri. sy takut nak tgk cerita sedih, sy takut nak dengar lagu sedih cinta cintun, sy takut nak buat benda yang saya rasa tak boleh buat. sy takut dan kadang sy tak mencuba pun. menyedihkan.

sebab tu sy tak tengok cerita korea. sy benci dan bosan dengan cerita cinta karut yang tak habis-habis penuh dengan air mata. sebab tu sy tak ikut cerita indonesia atau filipina, tak habis-habis dengan orang jahat atau lebih kepada duri dalam daging. penatlah dengan air mata, kepura-puraan dan kebencian yang tak habis-habis tu. tapi siapa yang minat, sy faham je. jalan cerita best, tempat dating comel-comel, hero heroin yang sweet dan cute. eheh. chill okay. it was just me, being totally coward and not really yet, open my mind up.

sy jenis perempuan yg, tak suka nak menggedik. sbb tu sy tak suka kalau ada perempuan gedik. i mean, ladies, perempuan pun tak respect you all, mcm mane laki nak respect you all then? haih. think about that twice or millions time. sy jenis perempuan yg, kalau berjalan, sy pandang ke depan, tidak kepada orang sekeliling. sy tak suka memerhati, dan tak suka diperhati. sy lebih suka memerhati secara jauh, dan random. bukan sentiasa mendabik dada. sy bukan. kalau sy jalan seorang, kepala tunduk, kaki ke depan. sy memang jenis mengalihkan pandangan. kecuali. dengan orang yang saya selesa. dengan orang yang buat saya sayang dia...

sy manja. sy tahu. manja di sini maksudnya mengada dengan orang yang saya selesa dan sayang. keluarga, BFF, cinta. mengada di sini bukan mengada "youuu, i nak tuuu, kalau you tak bagi, you tak sayang i" BUKAN. sy mengada bila sy jadi malas, sy suka org lain buatkan sesuatu yang kecil, tapi sweet utk sy macam, "baby tolong ambilkan air!" dan sy tersenyum gembira bila org-org yg sy syg tu tolong penuhi permintaan sy. kadang sy lupa nak cakap terima kasih. tapi senyuman tu, tanda sy gembira. sy manja bila benda yang kecil pun sy nak bagitahu 1 dunia. sy manja bila sy selalu buat tanda "waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa" panjang-panjang utk benda remeh. macam gedik, tapi tidak.

tapi. malas saya. mengada saya. tak bermakna saya ni hanya anak perempuan kecil.

sy suka dibawa ke mana-mana. tapi sy tak perlukan simpati, sy tak perlukan orang merungut melayan sy. sy tak perlukan org terpaksa. sy malas masak, tapi sy boleh pergi ke JJ sendiri, beli makanan dengan duit sendiri yang berapa sen tu, dan boleh masak sendiri utk makan sendiri. sy malas nak drive, setahun boleh kira berapa kali sy drive, tapi kalau sy jelek dengar mulut-mulut org yg tak boleh ditutup, sy masih boleh isi minyak sendiri, bawa kereta sendiri, di lorong paling kanan, tanpa di-hon atau dicucuk dr belakang. sebab utama sy paling takut nak drive sendiri adalah sy fobiaaa dengan peragut, dengan samseng jalanan, dengan penyimbah asid. ye, sy penakut.

sy suka dilayan, dimanja, dijaga. sy menurut kata. tapi sy perempuan yg masih belajar berdikari, dan sy degil. lembut hati sy pun, keras lagi dalamnya. sy perempuan yg cepat tercabar. sy belajar bersabar, ikut selagi sy mampu, tapi kalau sampai masa, cukup. sy ada cara sendiri, peribadi sendiri, dan sy bukan perempuan bodoh yg sanggup menangis sepanjang hayat kerana mengenang nasib malang yang dipilih sendiri dan merintih meminta pada orang lain. jujur sy muak tengok perempuan yang menangis dan hidup susah atas kebodohan diri sendiri, atas kesilapan diri sendiri membuta tuli membuat keputusan dalam hidup. sy simpan semua dalam-dalam, sy lepaskan dengan cara lain. tak memudaratkan orang lain, cukup memudaratkan diri sendiri je. cukup bagus tak menyusahkan orang lain. jadi jangan tuduh orang diam tu, pengecut.

sy tak suka nak drive dengan ada orang lain dlm kereta. sy risau keselamatan org lain. tak ada seorang pun ahli keluarga yg pernah naik kereta, dan sy drive. mereka selalu ckp sy paling berhemah, paling slow. eheh, malangnya mereka tak kenal lagi :) sy jenis perempuan yg straight forward. suka melengahkan kerja, cepat mengambil serius sesuatu perkara, tapi itu saya. i'm a well planned modern women. haven't u met one before? :P i'm stick to my decision. i'm stick to my target. i'm stick to what i want. sy hangat-hangat tahi ayam, tapi 1 tahap, si penakut ini akan berdiri, and, "THIS IS IT". enough is enough. let's move! sy biasa-biasa. i prefer to stay that way. tak over-exposed. dan tak juga terlalu down to earth. i love to see beautiful people with a great attitude, i adore them, but i got my unique personality too.

when i said NO, then, NEVER. no matter what happened. girls and boys, say something like you mean it! stop nak rasa bersalah kalau berterus terang. sbb kalau tak berterus terang, sampai bila orang tu tak tahu kebenaran. kebenaran tu kan selalu menyakitkan, tapi itu yang akan memberi kekuatan. lupa ke? ramai orang bijak mengatakan --- kalau bukan dari kegagalan, kita tak akan belajar berdiri semula. so, let it all out. memang kita kene fikirkan perasaan orang lain, tapi ada masanya kena fikirkan perasaan sendiri juga. sebab ada satu tahap, tak da siapa akan fikir perasaan kita kalau bukan diri kita sendiri. kalau dia boleh ego, sy pun boleh ego. kalau dia degil, sy pun boleh degil.

ingat pepatah melayu - jangan pandang sebelah mata, air yang tenang jangan disangka tiada buaya. and dear ppl, stand for yourself. walk like you are running over the rainbow. ;)


Saturday, April 2, 2011

i have to handle this emotional feelings wiser.

i selalu buka blog, nak type separuh je, padam balik... berjuta lemon kali dah jadi. sebab nak cakap n tulis banyak benda lepas tu tataw nak mula dekat mana.

eh 1st of all i would like to welcome a new reader of my blog - Mr Mohd Amin. ABAH STALKER! HAHAHAHAHAHAHA... malu lah saya. tahu tak malu segan gila tak tahu nak tutup muka dekat mana sebab last-last abah juga yg akan saya jumpa bila saya nak itu ini, dan nak mengadu itu ini. sungguh la abah tak da kerja pergi google nama aqilah! :P oh abah, ada beberapa benda abah perlu tahu. *selalu abah baca blog bila anak dia bukakan je, ni dia dah pandai google sendiri dkt office*

sy = saya.

pftttt = mengeluh atau menganjing diri sendiri.

:P = tanda jelir lidah ye abah!

:D = tanda sengih nampak gigi. HAHA

;') = tanda terharu!

btw = by the way


well, based on the tiltle above, yes i have to handle 2 kids on my own which are sugar & pepper. Ya Allah tuhan je tahu bertapa sayangnye i dekat depa. mereka terpaling handsome, kacak, comel, gebu, semua semua lah. sanggup i tahan bersin hari-hari semata-mata nak peluk cium mereka! ;')

selalunya depa je lah yg teman dkt rumah ni bila semua orang tak da. btw, sebenarnya semalam mengigau-ngigau pepper mati. WAAAAAAAA. i terjaga sebab i menangis dalam tidur tu, i menangis betul-betul. kiranya ada air mata, i tengah tersedu-sedu, sebab tu i terjaga.

SUGAR - tak perlulah gojes nak mati rase nak lepok lepok kan.


PEPPER - suka urut, suka hidu kembang kempis hidung. hahahahahaha.


actually, hari ni mereka berdua dimandulkan. which is called tasi / kasi. tak sure. teruk gile kan, yar, i know. huhu. and and, i nangis dari semalam, sampai hari ni tadi sebab risau nak mati. sabar je lah. ni pun nak nangis lagi sebab tengok sugar & pepper mamai2 sebab kesan ubat bius. lembik je lagi, makan pun tak selera. harap-harap cepatlah sembuh plz plz plz. :(

lepas tu hari ni supposed to be jumpa namin. tapi dia demam sampai kena buat blood test, lagilah i risau nak mati, emosional tak tentu. namin kalau demam, memang teruk. oh ye abah, namin tu nabil. hua3. hua3 tu gelak ye abah. nasib baiklah tadi petang i dapat jumpe gf i, nangis depan dia, and cerita itu ini dengan dia. lega sikit. naiya! iloveyou lah naiya. i msg dia suruh dia dtg rumah. naiya datang 2 jam pun jadilah. thank you so much gf!



oh by the way, faris baru balik dari Taiwan & Hong Kong kan. i nak pilih keychain pun lebih setengah jam cuz semuanya cantik-cantik! :D thank you brother!



oh ye, last post i ada cakap nak kemas bilik sikit kan, sebab faris nak balik. ni lah guest room yg kecik, i kemas. sekali die tidur guest room yg besar sebab nenek i tak de. memang sabor je lah kan. huhu.

and, i would like to thank everyone who always listen, whenever i need somebody. whenever i was at the bottom. those who near or far, i appreciate every single one of you. thanks love!


Saturday, March 26, 2011

500th post --- murah rezeki, Alhamdulilah.

.SHORT POST! IN A HURRY! --- first of all nak cakap. semalam berbahgie bersama gf. hari ni berbahgie bersama bf. Alhamdulilah. happy sgt 2 hari ni. hehe :)


MIMPI SEMALAM

oh ye, semalam mimpi macam dalam gambar ni. i mean, mimpi ada banyak sangat ikan datang dekat. ikan dekat sawa padi, lepas tu tengah jalan tu, habis sawah padi, bawa ke tepi sungai yg bersambung dengan pantai. cantiknya view, masya Allah. tapi ikan tu semua ikut sepanjang jalan, banyak ikan tak berhenti datang dekat. tanya abah, apa maksud dia? abah cakap kalau ikan, sawah, pantai sungai tu kan semua benda luas, benda baik, mungkin ada rezeki baik. harapnya, insya Allah :)


ohhhh kalau ada nampak FB few days ago, status sy -


"TV3 or production house or office?"

well. Alhamdulilah. again.

but maybe i have to say no to TV3.
sebab kontrak at least 7 months, then sambung permanent. but bila kira-kira, kalau bulan 9 dapat sambung belajar, tak lepas lah. so maybe let go :(

office.
semalam ada TM call, offer utk bahagian Marketing. And Great Eastern Insurance pun, utk marketing. TM tu tolak dulu. Great Eastern, tengah fikir.

production house.
office lama. MEMANG NAK! tapi mengada rasa nak cari pengalaman baru. tapi rindu orang sana semua baik-baik.


LAST-LAST NANTI.
jual tudung je. hahahahahaha. :P


okayyy lah. sepupu kite tunggu kite, nak ajak pergi downtown pulak. take care ppl! :)


Wednesday, March 23, 2011

rancang sudah, tawakal pula.

semalam kan tidur pukul 5 pagi, bangun subuh mamai gile, lepas tu kelam kabut bangun balik 730am, cari abah. sebab nak minta duit nak beli no pin UPU. haha. sebab dlm beg duit kite ade 7hinggit je. :p abah tak de, so SMS abah, tengok-tengok abah kasi 50hinggit. so tadi bangun balik pukul 930am, paksa juga mata sebab nak basuh kain! lepas tu kacau sepupu tidur, kema! kejut kema, ajak pergi BSN. mandi. jemur kain. pergi mesin ATM BSN. beli no pin. so tak bersentuh lah duit 50hinggit tuh. tadi pulangkan dekat abah balik. anak yang baik kan! :P ada sebab dia.

SEBABNYA!
semalam dah berjanji dengan shafinaz, untuk hanya membeli barang make up + kasut apabila beliau balik Malaysia Julai nanti. 3 bulan nak puasa. fuhh. barang make up tu, memang pantang nampak watsons, nak masuk, nak belek, nak beli, lepas tu tak pakai pun.

by the way. banyak benda dah usaha hari ni. tawakal je sekarang.
- selesai apply UPU utk degree. UiTM, UKM, UPM.
- status permohonan MUET blh check online esok. so, wait til tomorrow!

time apply tadi, perasaan 50-50. tak berharap, dan tak tak berharap. oh ye, hari ni result SPM keluar kan. tahniah buat yg berjaya. a great start for you then. dan alhamdulilah, tahun ni genap 2 tahun tak menangis time ulangtahun keluar result SPM. kalau tak tiap tahun aku duk emo menangis. org lain periksa, kita pula lebih-lebih.

mama suruh sambung degree dekat Taylor's University. but, ingat lepas MUET nak kerja balik. sebab apa? sebab bulan Julai nak shopping dengan BFF i. haha. so rancangan lepas ni, kerja balik, tengok rezeki intake UiTM september, and kalau tak dapat, baru apply Taylor's University or terus kerja, sampai intake UiTM seterusnya.

orang lain sibuk cari kerja. Alhamdulilah, hari tu praktikal habis, terus kerja. hari tu dah kerja dekat industri media. dah rasa jadi wartawan, assistant producer, buat prompter, scroller, recording, call orang sana sini, buat muka tebal, and macam-macam lagi. lepas ni, nak kerja office! hehe. betul nih.

memang cinta gila dkt penyiaran. enjoy shooting sana sini. jumpa artis pun buat biasa je. tapi, target sekarang. nak kerja office, nak tajamkan communication skills, buat performance bagus, naik pangkat, tambah ramai contact, before 30, nak stop kerja. time for business. :)


Friday, February 25, 2011

dulu, facebook? bosan lah.

assalamualaikum wbt :)

kalau dulu, aku ingat lagi, suka sangat aku main friendster dengan myspace. myspace pun kuranglah, sebab cam banyak mat rempit. then tah siapa-siapa yang add. dulu friendster yang paling aku suka, leh tau siapa skodeng profile kita - "who's viewed me". ha kantoi lah sesiapa yang rindu aku! :P lepas tu duk balas-balas komen guna grafik yang siap ade glitter-glitter lagi contoh cam "happy birthday" & "thank you for the add". dari comment, jadi testimonial. bukan main lagi, kalau tak de friendster tu, tak world lah. *lame*

lelame, muncul bukumuka - facebook. sibuk buat profile. mula-mula, pelik aih apa la korang duk suka sangat facebook ni? bosan gilaaaa. buka facebook pun jarang-jarang, susah pula tu nak guna. tak tau apa function dia. pelik je rasa. tapi... itu dulu! sekarang, PAPPP facebook jadi fenomena yang sampai tuan dia kaya raya jutawan mulawan, dan sampai masuk surat khabar, siap ada filem lagi. mama abah aku pun duk tanya, facebook tu apa dulu. haaa, yer lah kita banyak dengar kesan negatif je kan. ha, ni kesan positif facebook bagi aku! :D


Photobucket



1) aku boleh connect dengan kengkawan yang jauh di mata dekat di hati!

Photobucket

contohnya cam aku dengan kawan aku si Finaz yang berada di Russia ni.
memandangkan aku jarang on9 YM & Skype, so, tengoklah wall dia penuh muka aku :P



2) aku boleh chat, macam dekat YM & skype juga!

Photobucket

tapi, kawan aku pun cakap, kalau aku muncul dekat online chat tu, magic ah. :P




3) update tentang sekolah & bebudak & guru-gurunya!

Photobucket

sekarang ada group lah, page lah, kan ke mudah! nak reunion pun senang. nak tahu cikgu tu dah beranak, kawan tu dah kawin, semua ada.




4) hehe. ini mestilah untuk mengisi masa lapang aku! main game! FREE okay!

Photobucket

ni satu-satunya game yang aku masih main. tapi baru main sejak aku sakit hari tu. best, kejap je aku dah level 51! HAHA. tapi senang lah, sebab kengkawan pun main. so apa-apa, cepat je kau dapat.




5) melalui game Facebook juga lah, aku jumpa LOLA! aku sayang gile dekat dia :')

Photobucket

LOLA dilahirkan melalui game pet society. dulu hari-hari aku nak jumpa dia! aku rasa sunyi gila bila tak jumpa dia. sayang LOLAAAAAAAA!




6) yang ni, tentulah trend terkini, iaitu online shopping. dan aku pun tubuhkan RAINBOW SHAWLS

Photobucket

meh meh beli tudung dengan aku! hehe. memudahkan.
tapi sama gak, pembeli & penjual kena pandai-pandai, jgn kena tipu!


lepas tu, Facebook macam lagi pantas dari radio bergerak, sebab apa-apa news kematian ke apa, aku tengok je status kawan-kawan aku. hebat betul teknologi an! kawan aku putus cinta ke, kucing mati pun semua aku tahu. oh Facebook juga tempat aku tengok dari jauh blogger-blogger & fashionista hebat yang aku duk suka sangat! hehe. :)

aku pernah je deactivate Facebook sebulan, ok je aku rasa. tak bosan pun. malah mendekatkan aku dengan keluarga, cukup tidur, mata sihat, badan pun tak lemau akibat meniarap melampau :P dan, kesan buruk Facebook ni, apa aku boleh cakap, semua benda pun ada pro & kontra. pandai-pandai lah memilih. dan so far, bagi aku, sebab utama aku masih ada Facebook - kawan & business.

tapi bila fikir balik, besar betul pengaruh Facebook pada dunia kan? gila gempak! well, what to say, sepupu bongsu aku yang darjah 4 pun dah ada facebook :P


Monday, February 7, 2011

play the game

assalamualaikum :)

hey i just finished watching a movie recently, and i accidentally watch it, at first. i was sitting alone on the brown sofa, in front of the tv. keep pushing the remote's button, and walking around from the main hall to the kitchen, searching for some foods, (cehhh) since i didn't found anything interesting to watch. and the last channel was Hallmark, and a few minutes later, it seems like my body was glued to the sofa and my eyes were attached to the screen. BOLEH plak?



the movie was launched somewhere around 2008, correct me if i'm wrong. well it sorts of the guy was a real player, but he is nice & kind hearted. he met a girl, and he played the game, and suddenly he found out that --- SHE'S THE ONE! and the girl seems to be so cool, act like there's nothing happened. they were a good friend, and finally, when he confessed that he truly loves her, she left him with a reason --- YOU ARE NOT MY TYPE, because she was looking for a sincere guy, who would tell her that he loves her from the beginning.

that guy turns to be totally messed up, and yar, later on, life goes on. act like nothing happened, move on. he turns to be a better grown up guy. and they met again, at a laundry shop and... he said, (well yar a part of it lah!) ---


"when i met you, i was lost, and when i found you, i found me"


WAAAAAAAAAAAA. i wrote that down okay! hahahahahaha. lame, i know.

and at the end of the movie, well actually, the girl planned everything, and she's the one who attracted to that guy at the very first place. and she tried to change him to be a grown up guy, and so, she just play the game. :) and both are finally better & live happily ever after. ohh me goddd, well it knocks me off my feet. (sebak)

i tried to google all thos quotes from the movie, but it seems like i didn't find any. so here's a few that i managed to wrote down as a notes in my phone. LOL.

"are you a player or you were just playing?"

"if she's not interested in a man you used to be, she might be interested in then man you are"

"if you wanna win the game of love, you should stop playing games with the woman"

"i'm interested in you... more than a friend"


haih. *smiling* it obviously is not the type of movie i love to watch but i'm a normal person too. in fact i'm a girl! i can't always run. sometimes i have to look back and try to smile. and hoping and praying that nothing bitter from the past will happen again. and that sweet part, keep me going. :)

i do believe, somewhere somehow, someone who were made for you, is thinking of you, too.

right time, right place, there u'll be. --- "she / he is the one"


Wednesday, January 5, 2011

sy menangis tak semestinya sebab sedih, tapi sebab sy pelik.

assalamualaikum. hye selamat pagi, dah pukul 3 pagi. erm, ni bukan post emo, just nak cakap sy memang mudah menangis. call me weirdo or soft hearted or WEAK, i dont care, because this is me. and yar, soft hearted tu plg tepaat kot.

eh tapi ade yg pelik gak. this is quite fun because, ade benda yang korang memang tak tahu, i mean like, no one knows bertape sshnye sy nak menahan air mate, EGO weyh. hahahahahahha.

ini bukan nank cerita ttg menangis sedihhhh. tapi ape, kalau org terengganu kate "dok pasal2" yerlah tak sedih tak ape, dok pasal2 menangis. wuwuwuw. korang jangan gelak aaaa!



so, ape yg boleh membuatkan awk menangis?


**********


ini yang boleh membuatkan sy menangis BUKAN SEBAB SEDIH.
tapi sebab kesian, terharu, kagum, semangat, etc.


**********



yup, watching biggest loser. especially bile tgk TV sorang. selalunye, time makan nasi dpn TV.
hallmark mmg fav channel, so, sambil suap nasi, tersedu-sedu tgk die org. wuwuwuwuwu.
kagum sangat tgk semangat, and cam dpt rasekan semangat die org!



potong bawang ni adatlah der. esp bawang besar. dan kadang kalau tak tertahan sgt,
sy gi ambik sunglass. sunglass okay, biar dijamin tak kene mate.
wahahahaha.



okay. lepas tuuu, banyak lagi benda yang boleh buatkan sy menangis.


  1. yg ni time kecik je lah, tak boleh tgk ayam / lembu kene sembelih. kesian. nangis gle babeng. kene nganjing (ejek) dgn sepupu sepapat sampai skrng. kejam korang! tskkk.

  2. erm, ni pun dr kecik sampai sekolah menengah, erm, sampai sekrang kot. OKAY TLG JGN GELAK! sy rase meremang bulu roma + mata berkaca ble dgr lagu patriotik esp NEGARAKU. menggigil sy tahan kesebakan itu waktu nyanyi dlm kelas. HAHAHAHAHA. shaddap u!

  3. bile tgk seseorg tu mempunyai bakat yg sgt mengagumkan. cam hari tu adelah sy tgk video klip budak 12 tahun, masuk debate, international, she's singaporian ta silap. i was soooooo impressed till i cried watching it over & over again. yes it was just A DEBATE.

  4. OMG sy ta leh tgk OKU esp org yg buta + cacat anggota badan. mmg sy cepat kesian, cpt nak nangis, cepat rase cam, "haihh bertuahnye aku, kalau aku dkt tmpt die org belum tentu leh jd sekuat die org". mmg tahan je air mate everytime terjumpa. T____T

  5. kalau sy dapat jumpa dgn org yg sy adore & admire gile, sy akan menangis. menangis sambil cam "Oh my goddd, oh my goddd" sambil tgn tutup mulut, terlompat, and speechless. yer itulah gayenye waktu sy terjumpa LINDA NANUWIL AF2 utk pertama, & terakhir kalinye. gileee ta sangke dpt jmpe, and mintak autograph. muahahahha.

  6. tengok drama yg menunjukkan keberanian / semangat. yer sy tak nangis pun tgk cite cinta tu, and if i did, normal lah kan, sbb ramai je nangis tgk cite jiwang. tp sy nih jadi kategori pelik sbb nangis tgk cite macam --- cadet kelly, the blind side, erm, cite cite yg macam menunjukkan org yg cacat ke, blh berjaye dlm hidup. or cerita cam org yg gagal, tp keep trying until die berjaye. HAAAA. i am gonna cry tersedu-sedu bile tgk mereka berjaye sebab sebak gileee dgn semangat die org.

  7. erm, dgr azan blh membuatkan sy meremang bulu roma & menangis sebenarnye... camtu juga kalau dgr hadis, ayat Al-quran. i dont know why but i just did. sebak sgt rase..

  8. org lain yg bertunang, kahwin, sy yang nangis. yer entah kenape rase cam, aish sebaklah. cam, alahai, da jumpe dah org yg diciptakan utk dia. happy for them :')

  9. setiap tahun setiap kali result SPM keluar, sy memang nangis tiap-tiap tahun. wuwuwuwuwuw...


dah tammo cakap dah. nanti pecah semua rahsie besar. muahaha. dah okay lah nak tidur dah! and yar i know, ramai yg taw 1-2 dari senarai atas nih pun da cakap sy PELIK. haha.

and i only met 1 person yang rase pelik cam nih juga, Atika Azumi, sebab die pun menangis tgk biggest loser & cerita-cerita yang melibatkan semangat.

anyone else?

Saturday, December 25, 2010

heh.

nothing much. just wanna remind myself. be thankful.
alhamdulilah alhamdulilah alhamdulilah.
the more they hate, the more they leave,
i am closer to the ONE. :)

Photobucket

here's the thing.

- i've another blog since 29th july 2010. which is totally private, which contains all the sad dark story. sorry for not telling.

- ENT records at HUKM, Ampang Puteri, and this upcoming January 2011, Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan.

- and u know, this girl who hated me over for a guy, and a guy who hated him for attacking me without a reason, the funniest thing is, they are now totally OKAY after i left him back then. wish both of u happy. u deserved each other. (well, sarcastic) and THANK YOU FOR MAKING ME FEEL LIKE A PUPPET of your schoolmate.

- nothing much. i miss those who leave. and i appreciate, and love those who stay. :)


happier. stronger. better.


Saturday, December 18, 2010

guleng-guleng, mata tak mahu lelap

assalamualaikum. hey hye, selamat malam! tadi rasa mengantuk, nak tidur awal. tapi guleng-guleng tak lena plak. tekak gatal, dada sakit. sebab diri sendiri paksa batuk, sebab gatal tekak. pusing kanan, kiri, gelap. selimut ditolak ke tepi, bangun, tarik nafas panjang. suis lampu dipasang. terang.

folder dibuka, music. too phat - alhamdulilah. berulang kali, sejam sudah barangkali?

apa yang berlegar di otak malam ini. ada kekurangan. sy sedia maklum semua manusia ada kekurangan, tapi kekurangan yg satu ini, jelas di depan mata, cuma sy masih memilih jalan kiri, di mana sy akan terus merasakan kekurangan itu, di mana kelebihan itu di jalan kanan. jalan kanan yg entah bila akan ditemui kekuatan untuk dipilih. entah kan sempat sebelum malaikat maut menarik nyawa? *HAIH manusia*

kerap kali kita mengeluh dengan kesusahan, kepayahan hidup. tapi, malam ini sy rasa tiba-tiba hidup ni terlalu mudah buat sy. kenapa? sebab sy masih bernafas di saat ini. bermakna, sy telah berjaya menempuhi setakat ini semua ujian yg tuhan turunkan buat sy. sedang sy fikirkan tangga menuju kejayaan. mana pergi ujian yg bisa buat sy menangis, supaya kelak lg 20 tahun sy menjadi seseorang. bukan manusia biasa. tidak. sy mahu menjadi sesuatu, seseorang manusia yg luar biasa.

Billi Lim kata, manusia selalu memikirkan hasil tanpa memikirkan punca. terlalu memikirkan kejayaan, balasan, tanpa memikirkan asal-usul usaha, asal-usul niat, dan jalan kejayaan. jalan mudah, jalan payah, jalan kotor, jalan bersih. itu juga ternyata salah satu lagi sifat aku. terutamanya nak kurus, *LAME*, sekejap itu aku berkobar, berjaya, sekerat jalan aku patah, pusing. rugi sungguh. ada banyak jalan kotor boleh dipilih utk mudah aku senang di dunia ni, tapi, tak mahu. kelak tak tertanggung jasad aku menggendong dosa.

sedar tak sedar. kita lukakan hati orang di sekeliling kita. ternyata mereka sayangkan kita, sebab tu mereka rasa terluka. masakan org yg dibenci, mereka akan terluka? tidak. jadi sebelum sy tidur malam ini, sy nak minta maaf pada semua, sekiranya sy ada terlukakan hati & perasaan selama sy hidup 21 tahun ini. sengaja atau tidak. mungkin kerana salah faham, atau teguran sy yg mengguris hati. sikap dingin, atau tinggi suara. jelingan mata atau sikap kurang ajar. serendah hati, sy minta maaf.

dan, sy juga memaafkan semua, mereka yg pernah lukakan, bencikan, atau masih bercakap belakang mengenai sy. sy maafkan. kelak kalau dibiar lama, bak kata seseorang yang berilmu, kelak bisa menjadi dendam, menjadi duri yang bernanah. jd sy sekali lagi memohon maaf, dan memaafkan semua. yang selebihnya, biarlah Allah yang tentukan.

Suatu hari Rasulullah saw masuk ke rumah Sayyidah Fathimah as. Ketika itu, Fathimah sudah berbaring untuk tidur. Rasulullah saw lalu berkata, “Wahai Fathimah, Janganlah engkau tidur sebelum engkau lakukan empat hal;


  1. - mengkhatam Al-Quran

  2. - memperoleh syafaat dari para nabi

  3. - membuat hati kaum mukminin dan mukminat senang dan redha kepadamu

  4. - melakukan haji dan umrah

Fathimah bertanya, “Bagaimana mungkin aku melakukan itu semua sebelum tidur?”


tekankan yang ketiga di sini --- Yang ketiga:

Kemudian supaya kamu memperoleh rasa rida dari kaum mukminin dan mukminat, supaya kamu disenangi oleh mereka, dan supaya kamu juga rida kepada mereka, bacalah istighfar bagi dirimu, orang tuamu, dan seluruh kaum mukminin dan mukminat.”

Tidak disebutkan dalam hadis itu istighfar seperti apa yang harus dibaca. Yang jelas, dalam istighfar itu kita mohonkan ampunan bagi orang-orang lain selain diri kita sendiri. Untuk apa kita memohon ampunan bagi orang lain? Agar kita tidur dengan membawa hati yang bersih, tidak membawa kebencian atau kejengkelan kepada sesama kaum muslimin. Kita mohonkan ampunan kepada Allah untuk semua orang yang pernah berbuat salah terhadap kita. Hal itu tentu saja tidak mudah.

Sulit bagi kita untuk memaafkan orang yang pernah menyakiti hati kita. Bila kita tidur dengan menyimpan dendam, tanpa memaafkan orang lain, kita akan tidur dengan membawa penyakit hati. Bahkan mungkin kita tak akan bisa tidur. Sekalipun kita tidur, tidur kita akan memberikan mimpi buruk bagi kita. Penyakit hati itu akan tumbuh dan berkembang ketika kita tidur. Dari penyakit hati itulah lahir penyakit-penyakit jiwa dan penyakit-penyakit fisik. Orang yang stress harus membiasakan diri memohonkan ampunan kepada Allah untuk orang-orang yang membuatnya stress sebelum ia beranjak tidur.

Bila kita amalkan istighfar itu sebelum tidur, paling tidak kita telah meminta ampun untuk orang tua kita. Istighfar kita, insya Allah, akan membuat orang tua kita di alam Barzah senang kepada kita. Istighfar itu pun akan menghibur mereka dalam perjalanan mereka di alam Barzah. Manfaat paling besar dari membaca istighfar adalah menentramkan tidur kita.

artikel FULL

jam tepat 1:03 pagi. nafas ditarik tinggi, dan dilepas lagi. gembira, ada seorang kawan yg tersenyum. moga bahgia saja utk kalian. :)

Thursday, December 9, 2010

biarlah saya cuba, dan terus cuba

pendapatan mereka sudah mencecah 5angka.
itu ibu bapa saya, bukan saya.

mereka Datuk dan Datin. jutawan.
itu jiran-jiran saya, pakcik makcik saya, bukan saya.

mereka belajar tinggi-tinggi jauh di negara orang di bidang sains.
itu kawan-kawan sekolah saya.

kulit putih gebu, hitam manis, tinggi lampai, kurus berbentuk.
mereka sy kagumi, indahnya ciptaan tuhan, tapi bukan saya.

bekerja gaji selayak penggelar ijazah,
itu majoriti kawan-kawan diploma sy yang saya banggakan di bidang penyiaran.


****************************************************


itu mereka. mereka yang di sekeliling saya. keluarga. teman mesra. kawan-kawan.
BUKAN saya.


anak tunggal BELAJAR berdikari itu saya.
perempuan berbadan gempal BELAJAR untuk berusaha kurus itu saya.
budak kuat menangis BELAJAR untuk ketawa dalam tangisan itu saya.
diam-diam BELAJAR memerhati dari kesilapan dan pengalaman org lain itu saya.


jadi biarlah saya belajar untuk cari duit lebih, anak tunggal bukan alasan.

biarlah saya menjual sekadar di jalanan sekali pun walaupun sy mampu hidup senang sekarang. esok lusa apa jadi, siapa tahu? kalian? bukan. ALLAH.

makanan itu kegemaran utama, jadi biarlah kalau saya kononnya makan banyak sentiasa. sedang saya berusaha memilih makanan berkhasiat, bersenam, siapa tahu? perut, saya, Allah.

umur 21, baru diploma. apa hendak dipandang serong? sekurangnya saya pernah kerja gaji beribu pd usia itu, tatkala kawan-kawan ijazah masih belajar. ilmu sentiasa ada. boleh belajar hingga ke tembok china. jadi saya tetap belajar. kelak akan saya genggam yang lain, saya mahu dan insya Allah.

manja, kebudakan, ada kelebihan perangai itu asalkan tidak menyusahkan sangat dan tidak menimbulkan fitnah. masih ada kematangan di sebalik semua itu.


SATU saja.


biarkan saya terus cuba dan cuba utk jadi diri saya yang terbaik.
BUKAN jadi seperti mereka, mereka dan mereka. tapi menjadi AQILAH AMIN yang terbaik.
usaha tangga kejayaan, dengan izin-Nya. amin!


Friday, November 26, 2010

mood hyper terlebeyh


assalamualaikum & morning guys! :)


oh my god. cant wait for next week, month of holiday will begin! *SENYUM LEBARRR* oh ye, hidung dah makin mengecut. eh salah, ulser dlm lubang hidung belah kiri tu da makin mengecut, alhamdulilah! tp gigi semakin cpt ngilu. esp to cold, sweet, sour foods. haih. ubat gigi sensodyne tuh mmg da jd kawan baek baru lah. terase diri nih semakin tua tahu tak!

btw, teruknye sy tahun ni. boleh terlupeeee anniversary BLOG nih! ish. patut rase pelik je. lg cam best kan, tarikh tu sy x upload blog pun. upload? update der!. ish ish. oklah, happy belated 2nd anniversary dearie rainbow bloggie on 8th Sept 2010! eh eh. 2 tahun dah awk. kira setia sy dkt awk blh tahan hebat aww. wahaha. i lapp u laaaa. sorry la if kdg sy menconteng dinding awk dgn kata-kata tak best, sy akan kurangkan! :)

oh ye. sy dpt something special dr abah & i've never ever asked for it. never! dont assume me as a spoil child okayhhh. open ur eyes, lots more spoiled nonindependent kids out there! *SERIOUSLY*


CREDIT CARD WEYH :)
*utk minyak dgn reservation or booking pape je* JEEE


and adelah 1 hari tuh kan, punyelah excited masuk kedai hardware Mr.DIY. die kan macam gabungan kedai 2 hinggit + kedai 5 hinggit + Ace Hardware. wahaha. serius meyh! cube teka ape benda sy borong plg bnyk? :P


GAMBAR SIAP ADE SPARKLINGGGG taleh blaaaaaaaa.


TA-DAAAA. STICKERRRRRRR XD



ayat mama 'haih, perangai budak-budak die x habis lg rupenye' wuuuuuuuu. TAK HABIS LG! :P

and tahu, perfume strawberry sy beli dkt Madinah tu dah nak habis taw, tp MIA. waaaaa. ke mane tah. dah geram, keluarkan semua perfume termasuk yg belum pakai, letak dpn mata, biar gilir-gilir puas-puas. erm... perfume chanel kesygan tuh, mcm dah bosan pulak. pdhal baru 1/4 pakai. T__T

haaa. kuar semua kuar kuar. :P
Russia, Body Shop, BOSS, Chanel.

and yer, rase nak beli iphone4 makin lame makin pudar. sbb cam bnyk sgt je weakness die. dahlah aqilah amin nih ganas HP jatuh berjuta kali pun ta de perasaan. muahaha. so iphone4 tuh kang jatuh 4x dah fragile, mmg nangis ak gune duit sdiri beriban. tskkk.

dengki abah gune blackberry benarnye... muahaha.

oh minggu ni gile bnyk makan. breakfast semlm maggie goreng + roti boom. PERGHHH. lepas tu dinner semlm mkn marshmallow cheese cake *YUMMYYY* dgn chicken golden blue (ala-ala secret recipe chicken cordon bleu). and then past few days ade mkn KFC jgk, ade mkn Double cheeseburger jgk, ade mkn Keropok goreng jgk, ade makan nasik sepinggan jgk! HUWAAAAA. ok, jage mkn semula minggu nih.

1 of my fav secret recipe's cake.


ak ta de la fokus pasal nak kurus. tp sebab ak tgk skrng ramai org mati sbb pemakanan. eh kejap sy, kejap ak. lantaklah. ha, sbb seriously, makanan skrng bnyk bhn kimia, bnyk yg pengawet, bnyk manis & fat, jd mmg org skrng ni dpt penyakit dr sini... sy tammo pendek umur, tammo! nak pakai DSLR dlu, nak pakai audi A4, (sila klik link AUDI A4 tuh, meremang bulu roma ak tgk, taleh blahhh) BMW X6 dlu, cayenne dlu. wuwuwuw T___T

kenape ko kacak sgttt. ko je lah kereta pertame yg buat ak ternga-nganga tgk ko.
ko je lah kereta yg pantang ak nmpk kedai kereta, ak cari ko.
ko jela kereta blh buat ak terdiam ble tgh kepoh.


and SINCE ak da promise diri sendiri, dan org tertentu *ehem* utk hanya membeli handbag, perfume, brg make up HANYA SELEPAS june 2011, korang tahu tak bertapa seksanyeee mata & batin ni tgk COACH SALESSSS, tgk skrng ni YEAR END SALE! T____________________T ta pe laaa. siap lah YEAR END SALE 2011. muahaha.


oklah ok ok, banyak lg nak cerita, tp cam x de pekdah je blog sy ni dkt org lain. wahaha. ok, tata 4 nowww! XD


Saturday, November 6, 2010

25 random things, well, basically about Aqilah Amin

Once you have been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, fact, habits, or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you.

tagged by Fatynadia --- mami yg hot, suka makan mcm sy & suka bnyk bnda yg sy suka such as shopping, make up, etc. :P. Thanks sweetie. sesungguhnya mmg sejak seminggu terase nak buat tag :P

Photobucket

1. Sy pernah terfikir, kenapa nama sy Aqilah? mcm tak best. CEHHH! yer la dulu berangan nak nama mcm dlm novel. seriously mcm --- elyana, Alisya, Isabella. *memang ak tak matang time tu :P* tp sekarang sgt bangga dgn nama AQILAH :)

2. Kalau tembikai, lebih suka tembikai kuning. Rambutan terutamanya, plg suka kuning. Apple merah.

3. Dulu selalu teringin nak masuk MRSM. bdk sekolah mane tak nak? *jgn geleng kepale* bila dpt wkt form 4, sebab no 1 saya masuk jgk MRSM --- abah nak sgt. sy tahu abah mengharap.

4. kalau naik kereta & duduk di bhgian penumpang, sy lebih selesa duduk di sebelah kiri.

5. Ramai perempuan bawa handbag belah kiri, sy lebih selesa belah kanan.

6. I don't play netball. I play basketball.

7. Rabun sejak form 5 --- kiri 125, kanan 100.

8. Sy selalu 'hangat-hangat tahi ayam'. sy akan ckp apa yg sy nak, apa yg sy akan lakukan bnyk kali, tp selalunya sementara. TAPI. akan ada 1 masa, bila dah tiba saat yg sebenar --- percayalah, ribut taufan pun, bila sy kata sy NAK, sy akan DPTKAN jgk. *jgn pandang sy sebelah mata*

9. Orang yg sy syg --- kwn, couple, fmly etc. sy akan syg sampai bila-bila wlpun semua sibuk dgn tnggjwb masing-masing, wlpun mungkin masing-masing makin jauh sbb kejadian tertentu, atau terpisah jauh. KECUALI, dia dah betul3 buat sy 'putus asa'. maaflah, sy simpati pun tidak. apatah lg syg. tak benci, cuma, tiada perasaan. not anymore. as if u never exist.

10. Pernah hilang lebih 5kg dlm sebulan akibat pakai braces & putus cinta. wahahaha.

11. Pernah diragut sewaktu jalan kaki, darjah 6. di Taman Melawati *mudanya lagi*

12. peminat fanatik Linda Nanuwil AF2. *sy tak pernah menangis utk seorang penyanyi, dia yg pertama & terakhir :P*

13. Suka tgk blog mereka yg cantik. mcm obsession dah. TAPI, ada setgh tu, sy tgk 2-3x je, then mcm fake personality, sy pun jd tak suka. sy suka mereka yg cantik tu bkn sbb mereka cantik semata, tp mereka baik, slumber, jd diri sendiri, & as for me, almost perfect :) RAMAIII OKAYYY.

14. Perempuan yg benci sy tanpa sebab, selalunya sebab lelaki & mereka tak cuba pun utk kenal sy dgn baik. maksudnya, mereka cuba kenal, tp kalau asyik perli, & kutuk belakang, sedeyh tahu? T__T

15. Sy blh habiskan 3kg manggis sekali makan, seorang. ada bran?

16. Walaupun sy perempuan, sy sedar & nampak, org perempuan mmg bawak kereta TAK BLH BLAAA & buat sy rasa nak langgar2 kereta mereka. pfttt~

17. Dah bertahun teringin belajar bahasa asing. alat muzik. tarian. *menyesal tak cuba sejak sekolah rendah dulu* harap, 1 hari nanti ada rezeki. Insya Allah.

18. Mula pakai lense warna-warni sejak 2010 je. Honey, Amethyst, Grey.

19. Kalau ada org luahkan masalah, tanya pendapat, selalunya sy tak berpihak pd sebelah saja. Sy fikir kedua-dua belah. Tak kisah awk kwn sy, atau dia musuh sy. Haruslah adil sbb bygkan kalau kita ada di mana-mana salah satu pihak tu. hurmmm.

20. Sy suka benda-benda yg sentimental, classic, dan simple. Rumah yg sy idamkan bkn banglo besar bak istana, cukup sekadar max 2 tingkat, dan tidak terlalu moden. Design pun mcm english style.

21. Sampai saat ni masih percaya ada perbezaan di antara suka, sayang, cinta.

22. Bila sy baca, atau dengar, atau tonton apa2 benda baru ESP ttg realiti hidup, fenomena alam, sy akan berfikir jauh buat masa yg lama.

23. Diam tanda berfikir.

24. Segala keburukan dr diri sy, perangai buruk sy, bkn dr abah mama. Mereka jauh lebih sempurna. & mereka tegur semua perlakuan itu. Cuma mungkin sy yg masih tak berubah.

25. Cepat mengkagumi org & benda-benda yg kecil.