Monday, April 11, 2011

sayang, ada masanya kita perlu berdiri utk diri sendiri

asssalamualaikum wbt. :)

kadang sy mulakan dgn assalamualaikum wbt, bukan sbb tiru fatin liyana. jauh sekali. ataumungkin tiru benda yang baik. sy lupa kot, maksud dia "sejahtera ke atas kamu". Kita doakan kesejahteraan dan keselamatan org lain. benda yang baik sebenarnya. sebab tu saya cuba amalkan sejak tahun 2011 ni. tapi biasalah, nak biasakan diri buat benda yang baik, kadang-kadang selalu terlupa. orang lain pun mungkin ada yang tertawa. adatlah dunia, kita berbuat baik pun salah, buat jahat apa tah lagi.

Alhamdulilah selesai sudah MUET speaking yeay yeay yeay! ape nak yeay sgt, result tak keluar pun lg. exam tak habis lagi qilaahhhhh. well, alhamdulilah i met a lot of sweet new girlfriends, budak kecik baru 20tahun, tgh belajar dkt UTM mostly. mereka malu-malu tp gila, macam sy. i was the 1st candidate of 2nd group. so i have to make a kickstart of the day, and not to forget, the conclusion of the discussion as well. it was okay. okay-okay je sbb u know, i was nervous, so, i did pause a few seconds, ehhh everyone did lah! so no worries. *eceh, sedapkan hati sendiri.* but we made it anyway! :)

basically the MUET test is super duper easyyyyy. Ya Allah, it was a very simple topic, used a lot of common knowledge and ur POV(point of view). lucky for us. tapi itulah sy rasa rugi nak mati sbb nervous so macam ade mcm blank, eh bkn blank, ayat terulang bnda yg sama, but i did managed to support my group and came out with a conclusion. okay lah kan? insya Allah. i hope so. good luck adek-adek! kte jmpe lg sabtu niiii!

i've been bz lately. not doing much. it was just me spending my time on my own, with my family most of the time. and doing my silly stuff. eat foods i love. oh yar, i bought my baju raya already. HAHAHAHA. mama suruh rembat, rembat je lah. tgh SALE, so penjimatan lebih hebat. why not? and ye ketat cukup2 je bile pakai, tp itu tandanya kena kurus sikit, since i've been putting so much weight lately. about 3kgs for these past few weeks, i believe.

okay. back to serious matter. 1st of all. i'm SORRY for ---

1 - not replying your message. sbb i cpt pening SMS sambil buat kerja. melambatkan kerja.

2 - and this post, is not related to anyone. it was just me feels like, writing it all down.


kalaulah ade yg perasan, kalaulah ade yg bace blog ni dari dulu, kalau ada lah. sbb selalu org yg follow blog kita nih, selalu dia tak baca pun. dia follow je. TAPI org yg tak follow, dan jadi silent reader, haaaa tu yg pembaca setia. ohhhh i do feel that is ironic. :) *peace*

sekarang tgh pasang headphone. duduk atas lantai, depan laptop. hujan lebat. kilat sabung menyabung. dengar lagu... hurm. sy sebenarnya penakut. yup, sy mengaku dan dah lama mengaku. sy penakut, sy sgt tak yakin dgn diri sendiri. sy selalu dibayangi bayang-bayang ketakutan, which is memang digelar pengecut lah kan, sbb takut dengan bayang-bayang sendiri. sy takut nak tgk cerita sedih, sy takut nak dengar lagu sedih cinta cintun, sy takut nak buat benda yang saya rasa tak boleh buat. sy takut dan kadang sy tak mencuba pun. menyedihkan.

sebab tu sy tak tengok cerita korea. sy benci dan bosan dengan cerita cinta karut yang tak habis-habis penuh dengan air mata. sebab tu sy tak ikut cerita indonesia atau filipina, tak habis-habis dengan orang jahat atau lebih kepada duri dalam daging. penatlah dengan air mata, kepura-puraan dan kebencian yang tak habis-habis tu. tapi siapa yang minat, sy faham je. jalan cerita best, tempat dating comel-comel, hero heroin yang sweet dan cute. eheh. chill okay. it was just me, being totally coward and not really yet, open my mind up.

sy jenis perempuan yg, tak suka nak menggedik. sbb tu sy tak suka kalau ada perempuan gedik. i mean, ladies, perempuan pun tak respect you all, mcm mane laki nak respect you all then? haih. think about that twice or millions time. sy jenis perempuan yg, kalau berjalan, sy pandang ke depan, tidak kepada orang sekeliling. sy tak suka memerhati, dan tak suka diperhati. sy lebih suka memerhati secara jauh, dan random. bukan sentiasa mendabik dada. sy bukan. kalau sy jalan seorang, kepala tunduk, kaki ke depan. sy memang jenis mengalihkan pandangan. kecuali. dengan orang yang saya selesa. dengan orang yang buat saya sayang dia...

sy manja. sy tahu. manja di sini maksudnya mengada dengan orang yang saya selesa dan sayang. keluarga, BFF, cinta. mengada di sini bukan mengada "youuu, i nak tuuu, kalau you tak bagi, you tak sayang i" BUKAN. sy mengada bila sy jadi malas, sy suka org lain buatkan sesuatu yang kecil, tapi sweet utk sy macam, "baby tolong ambilkan air!" dan sy tersenyum gembira bila org-org yg sy syg tu tolong penuhi permintaan sy. kadang sy lupa nak cakap terima kasih. tapi senyuman tu, tanda sy gembira. sy manja bila benda yang kecil pun sy nak bagitahu 1 dunia. sy manja bila sy selalu buat tanda "waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa" panjang-panjang utk benda remeh. macam gedik, tapi tidak.

tapi. malas saya. mengada saya. tak bermakna saya ni hanya anak perempuan kecil.

sy suka dibawa ke mana-mana. tapi sy tak perlukan simpati, sy tak perlukan orang merungut melayan sy. sy tak perlukan org terpaksa. sy malas masak, tapi sy boleh pergi ke JJ sendiri, beli makanan dengan duit sendiri yang berapa sen tu, dan boleh masak sendiri utk makan sendiri. sy malas nak drive, setahun boleh kira berapa kali sy drive, tapi kalau sy jelek dengar mulut-mulut org yg tak boleh ditutup, sy masih boleh isi minyak sendiri, bawa kereta sendiri, di lorong paling kanan, tanpa di-hon atau dicucuk dr belakang. sebab utama sy paling takut nak drive sendiri adalah sy fobiaaa dengan peragut, dengan samseng jalanan, dengan penyimbah asid. ye, sy penakut.

sy suka dilayan, dimanja, dijaga. sy menurut kata. tapi sy perempuan yg masih belajar berdikari, dan sy degil. lembut hati sy pun, keras lagi dalamnya. sy perempuan yg cepat tercabar. sy belajar bersabar, ikut selagi sy mampu, tapi kalau sampai masa, cukup. sy ada cara sendiri, peribadi sendiri, dan sy bukan perempuan bodoh yg sanggup menangis sepanjang hayat kerana mengenang nasib malang yang dipilih sendiri dan merintih meminta pada orang lain. jujur sy muak tengok perempuan yang menangis dan hidup susah atas kebodohan diri sendiri, atas kesilapan diri sendiri membuta tuli membuat keputusan dalam hidup. sy simpan semua dalam-dalam, sy lepaskan dengan cara lain. tak memudaratkan orang lain, cukup memudaratkan diri sendiri je. cukup bagus tak menyusahkan orang lain. jadi jangan tuduh orang diam tu, pengecut.

sy tak suka nak drive dengan ada orang lain dlm kereta. sy risau keselamatan org lain. tak ada seorang pun ahli keluarga yg pernah naik kereta, dan sy drive. mereka selalu ckp sy paling berhemah, paling slow. eheh, malangnya mereka tak kenal lagi :) sy jenis perempuan yg straight forward. suka melengahkan kerja, cepat mengambil serius sesuatu perkara, tapi itu saya. i'm a well planned modern women. haven't u met one before? :P i'm stick to my decision. i'm stick to my target. i'm stick to what i want. sy hangat-hangat tahi ayam, tapi 1 tahap, si penakut ini akan berdiri, and, "THIS IS IT". enough is enough. let's move! sy biasa-biasa. i prefer to stay that way. tak over-exposed. dan tak juga terlalu down to earth. i love to see beautiful people with a great attitude, i adore them, but i got my unique personality too.

when i said NO, then, NEVER. no matter what happened. girls and boys, say something like you mean it! stop nak rasa bersalah kalau berterus terang. sbb kalau tak berterus terang, sampai bila orang tu tak tahu kebenaran. kebenaran tu kan selalu menyakitkan, tapi itu yang akan memberi kekuatan. lupa ke? ramai orang bijak mengatakan --- kalau bukan dari kegagalan, kita tak akan belajar berdiri semula. so, let it all out. memang kita kene fikirkan perasaan orang lain, tapi ada masanya kena fikirkan perasaan sendiri juga. sebab ada satu tahap, tak da siapa akan fikir perasaan kita kalau bukan diri kita sendiri. kalau dia boleh ego, sy pun boleh ego. kalau dia degil, sy pun boleh degil.

ingat pepatah melayu - jangan pandang sebelah mata, air yang tenang jangan disangka tiada buaya. and dear ppl, stand for yourself. walk like you are running over the rainbow. ;)


No comments:

Post a Comment