Wednesday, July 6, 2011
Bukan Siapa-Siapa
Aku ini bukan siapa-siapa. Suara aku, hak aku, pendirian aku bagaimanapun adalah milik aku. Dalam erti kata lain, aku ini bebas dan bukan hamba siapa-siapa. Hanya hamba Allah yang sentiasa cuba menjalani hidup seperti orang-orang biasa.
Aku adalah seorang antara jutaan penduduk Malaysia yang amat sukakan keselesaan dan keamanan yang dikecapi sejak kemerdekaan pada tanggal tahun 1957. Aku mendapat pendidikan yang sepatutnya, bergraduasi, memperoleh pekerjaan, cukup makan minum dan pakaian, ada tempat tinggal, dan tidak ditindas mahupun menindas siapa-siapa.
Aku tak suka sesiapa pun yang cuba-cuba mengganggu-gugat keselesaan yang dikecapi. Tidak kisahlah samada dari pihak kiri atau kanan. Selagi aku rasa hak aku tidak dicabuli dan selagi tiada siapa-siapa menyekat aku dari bersuara, aku rasa sudah cukup baik.
Mahu tidak mahu kita perlukan seorang pemimpin yang mampu memberikan kita hak-hak ini. Selagi pemimpin itu mampu mengawal situasi semasa dari segi sosial mahupun ekonomi, itu sudah cukup baik. Setiap organisasi pasti ada "black sheep"nya, point of weakness, yang mencemari organisasi dan memburukkan reputasinya, itu masih boleh diterima sekiranya kebaikan melebihi keburukan organisasi itu. Kita nampak matlamatnya. Kita nampak tunjak perjuangannya.
Aku tak faham mengapa sesetengah orang begitu taksub dengan seseorang pemimpin. Bagi aku setiap pemimpin ada buruk baiknya. Mereka hanya manusia macam kita-kita juga.
Aku juga tak faham kenapa kita cepat sangat mengikut cara salah walaupun ia nampak sangat mudah, tapi kesannya bakal dirasa dalam tempoh sangat lama. Nanti aku boleh hilang kerja tao.. boleh hilang makan, pakai... siapa tahu, mungkin juga hilang tempat tinggal jika tergadai negara...
Niat tak pernah menghalalkan cara. Biar apa jua alasannya, yang salah tetap salah. Tak payahlah nak digula-gulakan. Perkara sebegini, pasti ada saja pihak yang mempunyai kepentingan sendiri, akan mengambil kesempatan melaksanakan agenda mereka... ada mereka fikir pasal kita? ada mereka bantu jika kita susah nanti?
Memang aku bukan siapa-siapa, tapi Malaysia ini juga milik aku. Bersyukur sangat yang buruk dapat dielakkan. kan bagus kalau semua boleh dilaksanakan secara aman.. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment