Thursday, October 30, 2008

dugaan-Nya

semalam...
sy gembira. ketawa. sungguh. semalam sy banyak ketawa. sangat banyak. tp bukan sy seorg. kawan - kawan lain pun. terhibur melihat telatah mira melatah sehinggakan dia keletihan dikacau kami. ape tah lagi kami, tidak kering gusi ketawa melihat gelagatnya. kelas hari rabu, dr tgh hari sampai malam. memang letih. lebih - lebih lagi ade presentation. dgn pakaian formal hingga ke malam. agak merimaskan. sy letih. bertambah pening memikirkan ada kerja yang perlu dibereskan sesudah sampai ke rumah kelak. walaupun hari sudah malam, kerja masih perlu diselesaikan. itulah tugas pelajar, sepertiku ini. namun, ketika membetulkan tudung di tandas, jari sy tercucuk jarum. luka. mungkin petanda, benda yang tidak elok akan berlaku? tapi. ketika itu sy tidak menyedari petanda di sebalik kejadian itu. sampai saja di rumah, mandi dan solat. dan meneruskan kerja dr pukul 12am sehingga 7am. pukul 9am sy tidur sebentar sehingga 11am.

hari ini...
sy sempat mencuri masa tidur selama 2 jam. sudah mencukupi. nasib agak baik kelas bermula pukul 3pm-10pm hari ni. namun, sy harus bangun. study utk test media society hari ini. akhirnya, pukul 3.oopm sy, mira dan salghee keluar dr rumah. berjalan kaki ke kelas. ketika itu, kambink telefon, dan sy bercakap dgnnya ketika perjalanan ke kolej. namun. malang tidak berbau. ketika sy berjalan di belakang mira dan salghee, sy terkejut. terkesima. trauma. salghee diragut. benar! pukul 3:15pm yang cerah, salghee diragut. hilang segala benda yg penting seperti ic, kad-kad atm, handphone, dan duit. sungguh. sy terpaku. tidak sempat melihat no motor peragut itu. tak mampu untuk berbuat apa - apa...

salghee. jgn menangis. sy tau, kepentingan semua itu. betul semua itu sangat penting. tapi, sy hanya dapat menolong mana yang mampu. kita ke kolej. dalam ketakutan itu. kita meneruskan perjalanan ke kolej. sy pinjamkan hp sy, utk salghee call family. di kolej, sy hantar assignment kita dulu. sy jumpa miss sha, minta excuse class utk buat report ke pondok polis setiawangsa. kita buat report. kita ke maybank utk blok atm card. dan kita minum utk berehat seketika. sy telefon afiq. sy minta tlg afiq bawa kami ke balai polis tmn melawati utk dptkan cop pengesahan report polis utk buat ic sementara. tapi balai polis tmn melawati ttp utk cop. jd kita ke balai polis wangsa maju. alhamdulilah. kita dapat cop tu. esok, senang lah kita utk ke pejabat pendaftaran. afiq, terima kasih sbb sudi dtg menghulurkan pertolongan. mungkin itulah gunanya kawan, membantu ketika kita kesusahan. sy doakan awk dalam final. =]

sampai kolej semula, kita bertiga ambil test. lepas tu sy pergi ke kelas law comm. dr pukul 6 sehingga pukul 8 setgh malam. lepas tu kita balik rumah. tp naik kereta, dill hantarkan. sebab, sy dah trauma nak jalan lg. apa tah lagi malam - malam. biarlah sy buat muka x malu menumpang daripada sy trauma lg. alhamdulilah. sy selamat sampai rumah... malam ni. broadband sy pula sedikit bermasalah. sgt susah utk connect. entah kenapa. sy benar - benar berharap, broadband ni x rosak. terlalu banyak yg telah sy rosakkan tahun ni. bukan kehendak sy, cuma mungkin tuhan tarik rezeki sy. ahad...sy perlu pulangkan laptop mama ni. mungkin, sy akan jarang on9. sehingga sy balik bercuti sem mungkin? atau mungkin sehingga sy dpt laptop baru? abah, mama, maaf. sebab laptop sy rosak. sy pun tak tau kenapa sampai motherboard tu rosak sehingga laptop sy x dpt diselamatkan. anyway, i'm gonna miss u my dearest 'rainbow of memories'.

malam ni juga. seorg sahabat lelaki.
meluahkan kesedihan dia dkt sy.
dia kawan lama sy.
agak rapat, cuma jarang berhubung.
kerana semua sibuk dengan
tanggngjawab masing - masing.
dia punya kekasih. kawan baik sy juga.
sudah 4 tahun mereka bersama.
tetapi, kenapa kini perempuan itu semakin berubah.
sungguh. sy sedih mendengar ceritanya.
kerana, kedua - duanya kawan sy.
sy kesian dkt dia. sy syg perempuan itu.
kenapa, jd macam ni.
tapi lelaki ini, masih setia.
dan berharap, sy sudi membantunya.
insya allah, sy bantu.
mana yang mampu. kata kawan? =]


tapi. hari ini. baru saya sedar.
malang itu tidak berbau.
manusia juga boleh berubah.
sentiasa berbubah.
tapi. kenapa perlu ke arah negatif?
bukankah sepatutnya kita ke arah positif.
sungguh. menyedihkan.
melihat mereka yg kita sayangi.
menjadi org yg tidak kita kenali.
kita punyai akal.
fikirlah~

No comments:

Post a Comment