Tuesday, July 5, 2011

Berita Hari Ini



Hari nie macam biasa, lepas lunch je mulala aktiviti aku membrowsing news online. Yang aku selalu buka Harian Metro dan The Star. Berita kat metro, macam iasa laa..sentiasa mensensasikan berita-berita yang aku rasa memang banyak berlaku dalam masyarakat kita hari ini.

Berita hari nie memaparkan pasal suami yang sanggup menumbuk, memukul dan memijak perut isterinya yang sedang mengandung 7 bulan, gara-gara si isteri mendesak suami membeli barangan menyambut bayi sulung mereka nie. Wahai sang suami, biarpun menghadapi masalah kewangan, biarpun serabut dengan seribu satu masalah, bagaimana tergamaknya memijak perut isteri yang mengandungkan anak sendiri.

Satu lagi berita pasal si suami membelasah isteri gara-gara cemburu melihat isteri keluar makan bersama teman sekerja lelaki. Memang si isteri salah juga, sebab kalau suami tak benarkan keluar berdua je makan tengahari walaupun, dengan rakan office, berdosa buat macam tu, tapi membelasah isteri, dikhalayak ramai, tanpa perbincangan dulu sangat tidak patut...kan?

Dunia sekarang, orang cepat marah, penuh dengan stress, cepat betul hilang pertimbangan. Dalam diam-diam, aku rasa bersyukur sangat sebab suamiku bukan jenis cepat naik tangan atau panas baran. Kalau tak, susah jugak...

banyak orang.. banyak betul ragam nyer... hurm...

No comments:

Post a Comment