Semalam merupakan Hari Bapa. Mr Hubby memula rancang nak masakkan char Keow Teow kat my FIL, but last2, my FIL terpaksa attend delegasi Nigeria yang nak ke Genting.. xsempat pun masakkan. Kitorang masakkan untuk family yg ader jer.. heehee... sedap ke tak, entahlah..depend kat lidah yang rasa.. lagipun pakai premix jek... kuah segera yang diimport khas original mai dari Penang :)
Bercakap pasal bapa, of course lah agak sayu hati bile teringatkan my late father. He passed away in 2005, masa minggu terakhir berpuasa. Moga rohnya dicucuri rahmat.
My father, seorang yang sayangkan anak-anaknya. Kitorang boleh bersembang apapun dengan ayah sebab ayah sporting. Ayah jarang marah berbanding dengan mak. Tapi sekali ayah marah, kami adik-beradik semua diam, tak berani langsung melawan.
Ingat lagi, dolu nak pergi ke mana-manapun, naik motor dengan ayah sebab kami tak ade kereta. Ayahlah yang jadi pemandu setia aku menghadiri mana2 motivasi atao camping. Ayah sangat suka menonton movie, aku rasa bab nie, memang aku ngn ayah sama ja. Lagi satu, ayah sangat sukakan kucing. Sebab itulah akupun jadik sukakan kucing. Sebenarnya bukan kucing saja, hampir semua binatang ternakan ayah suka. Ayah bela itik nila, itik jawa, angsa, ayam, puyuh, arnab, ayam belanda, ayam selasih, ayam botak(hehe..nama apa ntah), ayam gajah, ayam daging, kambing... rasanya sebab tu juga aku pun sukakan binatang...
Masa aku kecil dan kami tinggal di Butterworth, ayah pernah membawa aku dan kakak ke Bukit bendera dengan berpakaian selekeh, sampai sana, beli baju baru, kata ayah, barulah nampak macam orang local.. hahaha..
Ayah juga kekadang berperangai macam anak kecil, merajuknya boleh tahan. Ingat sewaktu kami pulang dari Pahang. Kami naik bas sampai KL untuk ambil train ke Butterworth. Time tu ayah merajuk dengan mak, aku lupa dah sebab ape ntah... ayah taknak balik. Tiba-tiba ayah takde, kami semua sibuk cari mana ayah, rupa-rupanya, ayah merajuk dan duduk bersembang dengan seorang penjaja jalanan. Lepas dipujuk mak, baru ayah okay...
Walaupun tua dan kerap sakit, ayah tak pernah duduk diam. Ayah sangat rajin. Kekadang aku pun marahkan ayah sebab masih mahu buat kerja berat sedangkan badan sudah sakit2. Tapi ayah tetap dengan perangainya. Sewaktu ayah masih ada, kawasan semak-samun hutan sekeliling rumah, semua cerah. Ayah tanam sayur-sayur. Ayah memang suka sangat berkebun. Dolu aku pun selalu tolong ayah, sebab aku tak suka buat kerja rumah (mengemas, cuci pinggan etc), aku lagi suka duduk luar tolong ayah bagi ayam, itik makan, menggembur tanah, cari cacing bagi anak itik makan, atau bagi kambing makan.
Ayah suka bercerita perihal zaman jepun. Yalah, ayah dilahirkan pada tahun 1935. Masa zaman jepun, ayah time tu dah budak2. Ayah cerita pasal kena menyanyi lagu jepun, kena salute jepun, kena makan ubi kayu saja.
Disebabkan ayah berkerja sebagai guard, ayah selalu tidur atas kerusi je. Ayah takut kalau tidur dekat tilam, nanti terlalu lena, apa-apa pun boleh jadik. Tidur di kerusi senang nak berjaga. Aku tak pernah malu dengan ayah biarpun kami miskin sebab ayah sentiasa berusaha bekerja keras mencari rezeki untuk kami keluarga. Kekadang bila melihat peminta sedekah yang tua, aku teringatkan ayah. Walaupun dolu ayah susah dan sudah tua, ayah tak pernah meminta-minta dengan orang. Semua duit ayah hasil titik peluhnya sendiri.
Aku tak sempat nak membalas jasa ayah yang menggunung tinggi. Tak sempat nak memberikannya hidup yang senang. Aku doakan semoga ayah ditempatkan dikalangan orang yang soleh dan beriman. Aku rindu ayah. Aku sayang ayah.
Selamat hari Bapa buat semua ayah-ayah diseluruh dunia.
Monday, June 20, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment