Sunday, November 29, 2009

terkapai - kapai kelemasan


1

"untung kau. ramai orang syg kau. kan? ramai org tak hargai kau,
tp ramai jgk yg syg. patah tumbuh hilang berganti"

aku tersenyum. kelat bercampur baur dgn bersyukur. tp jawapanku.

"aku bersyukur. namun, sygnya. aku tak mampu. aku tak mampu nak puaskan hati semua orang. aku tak mampu nak sayang semua org seperti mana yang mereka harapkan atau jangkakan. aku tak mampu untuk sentiasa menggembirakan hati mereka."

"kadang aku rasa bersalah, kerana aku menjadi diri aku. tapi mereka yang terlalu menyayangi aku sentiasa mengharapkan tumpuan dan ingatan yang 'selalu ada'. mungkin mereka tak begitu mengenali aku, duniaku, hatiku, caraku. aku tak pernah lupa mereka sesaat tapi untuk selalu menyayangi mereka sebagaimana mereka menyayangi aku, adalah tak termampu. kerana aku masih belum menyayangi diri aku sendiri. masakan aku dapat menyayangi org lain"

hatiku berkata. syukur dgn cinta yang diperolehi, tapi kadang, ia tak mudah. untuk menjaga hati semua pihak. memberikan masa yang terhad itu untuk sebaiknya. maafkan aku. maafkan juga kerana caraku, mungkin berbeda dgn kalian.


2

"cemburu tandanya sayang. ambil berat tandanya cinta"

aku tahu. aku tunduk dan mengangguk. syukur lg dgn rahmat Illahi.

"tapi. aku juga punyai tabiat buruk. yang sememangnya, fitrah aku. jangan terlalu menyayangi, jgn terlalu mengambil berat, atau terlalu cemburu. aku rimas. aku suka disayangi. tapi, aku juga sukakan kebebasan aku. banyak benda dan pihak perlu aku utamakan juga. bukan tak menghargai, tapi biarlah berpada - pada."

aku diam. lantas aku teringat pesan nenek.

"sayang biar berpada - pada. benci biar beringat - ingat. kelak khuatir, yg disayangi menjadi benci sebencinya sehingga wujud dendam kelumat. kelak yg dibenci menjadi yg disygi dan dipuja - puja seperti dewa"

aku termenung. aku sgt tidak gemar membenci. dan aku tidak mahu dibenci.


3.

"bukan salah kau. salah aku juga. salah mereka juga"

aku berjalan perlahan. dan berhenti. benar. apa - apa pun tak boleh salahkan satu pihak. mesti semua pihak terlibat ada salahnya. tapi, mudah saja.

"pernah kau hayati lirik lagu akon - sorry, blame it on me? kau hayati. mungkin, bila terjadi apa - apa, kau marah, kau salahkan semua orang, tapi, kau pernah cermin diri? pensyarah aku pernah kata, berhenti salahkan orang atau faktor sekeliling. belajar salahkan diri sendiri dan perbaiki apa yang patut."

"semua pilihan di tangan aku. segala perkara yang terjadi, atas pilihan aku. apa yang aku pilih. risiko yang aku ambil. inilah ragam manusia. aku jua manusia. aku sedar, semua yang buruk itu dari aku. mungkin ada salah orang lain juga, tapi biarlah mereka. dikurniakan akal fikiran, diberi kurniaan seketul daging yang bernama 'hati'. sepatutnya tahu kelak, yang benar itu sentiasa menang."


4.

"kenapa kau tinggalkan orang yang kau sayang, dan akhirnya kau yang terluka?
kenapa lepaskan mereka kalau kau tak merelakan?"

hatiku tercarik. kenangan mula datang satu - persatu. namun, ah, pedulikan yang pahit. aku telan yang manis belaka.

"aku sayang mereka. tapi mereka sayang org lain. mereka terluka kerana terpaksa melukakan hati aku. aku terluka melihat mereka terluka kerana melukakan hati aku. aku sayang. tapi itu bukan hak aku. aku harus lepaskan. mungkin, ada di antara mereka hak aku, tapi mungkin belum tiba masanya. biarlah, Allah lebih tahu."

"aku lepaskan. tapi hati aku, tiap saat merindu. bertahun, jauh di mata tapi dekat di hati. aku doakan yang terbaik. merisik khabar melalu org lain, melalui cara lain. biarlah mereka tak nampak, tapi tuhan nampak. tatkala air mata menemani aku, biarlah mereka tertawa gembira. tatkala aku diselimuti sepi, biarlah mereka ditemani yang tersayang."

"hati aku menjadi keping - keping melepaskan mereka. bila akan bercantum? mudah. ucapan "hi" sudah buat hatiku bercantum. namun, sudah menjadi adat, sewaktu ia mula bercantum satu - persatu, akhirnya berkecai semula. kelebihan dan kelemahan juga bg aku, mudah mempercayai dan menyayangi"


5.

"kau buat juga perkara bodoh. mengapa?"

aku akui. terlalu banyak perkara bodoh yang aku lakukan. hendak ku kesal pun tiada guna. sebab aku tahu kesalahanku itu adalah perkara terbaik yang aku buat, untuk menjadikan aku lebih kepada seorang manusia.

"aku dulu terlalu banyak dosa dan kesalahan. masih lagi sekarang. cuma mungkin kini aku bertambah matang, dan punyai kesedaran. tapi, benar, aku bukan sekuat dan setabah orang lain yang mungkin boleh bertahan dari sifat amarah, negatif, 24jam sehari semalam, sepanjang masa. aku bukan sempurna itu. ada masanya dalam jihad aku ini, aku tewas. walaupun mungkin seminit dua, tapi kesan kekalahanku itu, benar membodohkan diri aku sendiri"

"jangan kau harapkan aku sentiasa kuat. jangan kau harapkan aku tidak membuat kesalahan. tolonglah. aku bukan bidadari mahupun malaikat. tolong. tipulah kalau kau jauh lebih kuat. boleh kau hidup tanpa memaki, sumpah seranah, tanpa berasa marah langsung, tanpa berasa sedih langsung. boleh? maka. jangan terlalu menunding jari kepadaku. aku masih mencuba, korbankan kepentingan diri dan sentiasa kuatkan semangat, iman, hatiku."



No comments:

Post a Comment