halluuuu. nak dgr 1 crite x? crite ttg adek beradek... adek beradek ni wujud. dan, sy bnykkk sgt blaja dr mrka ttg erti kehidupan. bkn nak bukak aib sesiapa, tak pernah niat camtu pon, cuma nak berkongsi, sbb bnyk bnda blh kte jdkan tauladan. sbb, sy bnyk matang dr ape yg sy dpt dr kisah hidup mereka... bermulalah kisah 6 beradik.
mrka 6 beradik, 4 gadis, 2 lelaki. dlu, ibu bapa mrka pernah bhgia. pernah bersama. tp berpisah krna bapanya, x blh diharap lngsng. namun... x lame tu, bebrapa thn jgklah. mrka rujuk smula. kemudian... lahirlah anak bongsu tersebut, anak ke-6. tp, x lame selepas tu, mrka berpisah kembali. krna si suami, pergi mengejar wanita lain yg kekal menjadi isterinya sehingga ke hari ni. si ibu, kekal menjd ibu tunggal hingga ke saat ini. dan ttp, 24-hours-non-stop bekerja keras utk keluarganya.
mrka pernah jd sebuah keluarga yg kaya raya, dan mrka jgk pernah rase ssh. yes, ade thnnya mrka ssh, ada thnnya mrka senang. pernah tnggl di rumah kayu, condo mewah, rumah teres, dan mcm2 lg. semua pernah mrka rasa. dan plg sy nmpk, si ibu sgt bekerja keras utk anak - anaknya. dan wkt mrka senang, mrka terlalu boros, pemurah, dan, kdg tidak beringt utk hari ssh kelak. dan disbbkan beban yg ditanggung jgk, si ibu kdg menjd seorg yg panas baran, namun hatinya ttp baik. bg sy, si ibu mmg seorg yg sgt kuat, dan sy percaya hingga ke hari ni, tidurnya tak pernah lena...
anak sulung.
sy perkenalkan dia sbgai Ira. ira anak sulung, umur lewat 20-an. dlu, dia seorg pelajar yg pintar. siapa tak kenal dia, setiap tahun naik ke atas pentas sbgai pelajar terbaik. ramai yg menggilainya, krna die mempunyai rupa, dan pendidikan. msk ke sebuah IPTA yg terkenal, dlm jurusan yg membanggakan, dia mmg bnyk diberi keutamaan oleh ibunya. hidupnya mewah setelah remaja. namun, dia yg dlu sentiasa sujud kpd Allah, akhirnya melencong jlnnya setelah kenal dgn seorg lelaki, yg muda setahun drnya. dan lelaki tersebut, hanya tamat sekolah dgn taraf PMR. dan perkahwinan itu, sememangany ditentang oleh keluarga kerana org tua, mrka dpt lihat samada lelaki tu baik ataw tak, kan?
berkahwin, dan ya, merupakan kesygan ibu bapanya 1 ketika dlu. dan masih menjd kesygan ibunya sehingga kini. ira berkahwin dgn seorg lelaki, yg sy kira tidak setaraf langsung drnya. bkn dr segi harta yg sy tekankan. dr segi pendidikan yg terlalu berbeza, dan apa yg sy terkilan, suaminya terlalu kejam. selama 6 tahun mrka berkahwin, bnyk yg dipendam oleh ira. apa yg sy nmpk, ira bnyk bekorban utk suaminya itu. dr hidup mewah, dia rela tinggal di kwsn kmpng & bekerja bersama suaminya. tak setimpal dgn ijazah yg diperolehi. dlu bjunya mewah berjenama plg koman pun PDI, MNG, Guess. skrng? entahlah. yg sy nmpk hanya bju tshirt biasa yg makin lusuh dan, dirinya lngsung tak terurus. dlu, rm100, bebas dibelanjakan. skrng? RM10 pun sy x jamin die ade.
dulu. bdannya naik setelah berkahwin. sy kira beratnya dlm 70 kg. namun setahun yg lepas, dia semakin kurus. beratnya turun mendadak - dadak menjd 48kg - 50kg. bila ditanya, katanya diet. rupanya, akhirnya, setelah hampir 6 thn berkahwin, 1 hari die menceritakan perkara sebenar. rupa nya,sejak berkahwin, suaminya itu HARI - HARI memukulnya. memaki. mengherdik. menyepak terajang. tidak ada pengecualian ketika Ira mengandung. drpd saat ira mengandung anak pertama, hingga kini ke4, dia ttp dibelasah oleh suaminya. jelas kelihatan lebam, dan tidurnya tak pernah lena, kerana menangis dan memendam rasa seorg diri bertahun - tahun. akhirnya, berjayalah menurunkan berat lbeyh 20kg...
anaknya? semua masih kecil dan menyedihkan sbb anaknya menjd sgt tkot dgn org luar, dan pd yg sama, agresif. mungkin akibat hari - hari melihat kes dera si bapa-kpd-si ibu di dpn mata. terpengaruh. takut. dan akhirnya kelak? apa? samseng mlysia? owh ya. si suami jgk seorg penagih ganja, dadah. namun, setelah perkara ni diketahui keluarga pun, si isteri ttp 100% melindungi suaminya. keluarga ira terutama ibunya sendiri bertungkus - lumus utk menyelamatkan anaknya ni. tp apa sgt yg blh dilakukan kalau ira sendiri tidak bertindak? bila dilaporkan kpd pihak polis ttg suaminya seorg penagih, hingga ke hari ni suaminya bebas. sbb selalunya yg diberkas polis adalah pengedar dadah n ganja, bkn penagih. wth?
bila si ibu cuba berjumpa dgn uztaz, ustaz ye, bkn bomoh. nyata benar, si anak telah diberi ilmu penunduk. utk mendptkan gmbr si anak, seorg diri, lengkap dr kepala ke kaki, mmg sukar. menyukarkan lg proses utk menyelamatkannya. bila dilaporkan kpd Jbtn Agama Islam mengenai kes tuntutan cerai, blh plakkk die org ckp si ibu tak patot membawa ira keluar dr umah krna hukumnya berdosa si isteri keluar tnpa keizinan suami. OMG. gerammm nyeee. si suami yg kejam mmg tak akan melepaskan talak. itu katanya. jd, polis tak membantu, jbtn agam pun tak membantu. ibu ira melaporkan kpd persatuan wanita yg tak silap sy, bhgian kes dera dsb utk dptkan bantuan. sama, hampa, mereka x blh buat apa - apa kecuali ira sendiri yg membuat laporan.
pernah polis dibawa ke rumah ira dan suaminya. ibunya cuba membawa ira keluar dr situ, namun, si suami mengugut polis, dan akhirnya, mrka beredar. apakah polisss blh takottt dgn jantan dayus tuh? bodowww jaaa. T__T SADIS lah! ira, mmg mengikut sepenuhnya arahan suaminya. kalau si suami ckp, jgn contact fmly, kalau tak jatuh talak, maka, tak akan langsung dihubungi keluarganya. kalau si suami benarkan berkungjung ke rumah keluarga, maka dtglah ira mengendong anak - anaknya yg masih kecil. makanlah dia semua mskan sedap yg dimasak keluarga sepuas - puasnya krna dia hidup ssh... anak -anak ira jgk, sgt gembira bila di rumah keluarga. dan menangis bila perlu pulang... apa tndanya itu?
bila lewat pulang, si suami dtg ambil dgn kereta yg ditekan hon bertalu - talu. protes la konon. bila si jantan keparat itu marah, blh plak die SMS si ibu dgn kata - kata kesat. apa yg si ibu tak pernah dpt? darjat perempuan jalang, bitch, sundal, semua dpt. ibu terpaksa membiarkan jgk si anak, ira utk pulang ke neraka suaminya itu. ibunya pernah menasihati ira, penat keluarga lain jgk menasihati, membantu, tp, tetap dia setia di samping suaminya. tahu apa shja penyudah semua ni? 1- suami mampos. 2- ira mati di tgn si suami. kdng hendak ke rumah keluarga, duit minyak pun tak ada. terpaksa si ibu tunggal ni, menanggung duit minyak. mana duit ira dan suami? HABISSS utk dadah dan ganja si suami.
blh bygkan tak bertapa beratnya beban si ibu? dr ira dilahirkan sehingga kini ira mempunyai anak, terpaksa si ibu menanggung. kalau hakikat sebenar, apabila anak berkahwin dan bekerja, itba giliran anak membantu ibu, ira masih sebaliknya. beban ibunya betmbh dgn terpaksa menanggung ira dan keluarga. apa tah lg terpaksa menerima ugutan suami ira. terpaksa jgk menjaga adik - beradik ira yg lain. bekas suami si ibu? 1sen pun tak memberikan nafkah anak - anak. ya, kdngkala melihat si ibu, sy berasa kagum. dlm masa yg sama sy tak terbyg bertapa maha kuatnya tekanan yg diterima, bebanan yg ditanggung serta dugaan yg perlu ditempuh. namun kdg kala bila ditegur ttg ibu yg terlalu melindungi ira, ibunya tidak endahkan jgk. kerana syg...
penat bercerita. bnykk lg tp sudah tak teluah. bygkan ira didera hari - hari selama 6 tahun. hari - hari tiada pengecualian. 5 thn dipendam seorg. skrng baru didedahkan dan masih lg degil tak mendgr nasihat. suami dianggap tuhan. keluarga tak mampu berkata apa lg. bygkan anak - anak ira akan membesar menjd apa? bygkan apa penyudahnya hidup ira? ttg si ibu... ini baru kisah anak pertama. kelak. akan sy ceritakan kisah anak yg kedua.
dr sini. pelajaran yg plg sy dpt lihat.
1- keluarga sgt penting. sgt. asas keluarga perlu kukuh. perlu seiring kasih syg, agama, disiplin.
2- jodoh. kalau tak direstu keluarga, lupakanlah. percayalah org tua lebih mengenali mrka di sekeliling mrka. percayalah org tua lebeyh tahu mane yg baik dan buruk utk kita.
3- anak - anak. perlu dilentur dr rebung lg. bukan setelah menjd buluh. anak - anak, belajara melalui contoh dan tauladan. hari - hari tgk kes dera, masakan si anak tak fobia?
4- pengaruh. pengaruh kwn2 tu besar. pengaruh keluarga jgk besar. bijaklah memilih kawan. bijaklah membezakan yg baik & yg buruk.
5- tuhan, jgn lupa tuhan. andai kata punyai selemah - lemah iman pun, cubalah utk kekalkan iman itu. ingt tuhan. ingt. mungkin kita sangka tuhan tak adil, tp ingt, tuhan tu adil. tlglah.
bnyk lg. tak tersenarai. erm. moga kisah ni dpt jdkan pedoman. nnt sy sambung lg... anak ke2, dan ke3. kelak anak ke4, ke5, ke6...
No comments:
Post a Comment