apa lagi yang mampu ku tulis...?
apa lagi yang mampu hati ini perkatakan..?
apakah lagi yang air mata ini maksudkan..?
sungguh. terlalu berat. benar. perempuan ini lemah.
lemah dengan emosinya. perasaannya.
dan lelaki, tahu kelemahan perempuan yang satu ini.
namun benar, wanita diberi anugerah nan istimewa.
punyai gerak hati dan perasaan yang sering kali benar.
tapi. gara - gara hati itu punyai rasa cinta, kasih dan sayang.
segala keburukan diketepikan. mata dibutakan.
bukan sekadar kerana sayang, tapi kerana harapan.
harapan itu hadir bukan dipinta. namun, dari hadirnya sayang.
hadirnya cinta. dan lahirlah harapan. walaupun secebis.
ataupun mungkin setinggi gunung. harapan itu mekar.
walaupun nyatanya realiti bertentang sekali dengan harapan.
namun kita tetap berharap, ia akan menjadi realiti.
biarpun ia sememangnya mustahil mengikut akal fikiran.
lagu? berpuluh - puluh lagu di fikiran ini. sedih.
untuk apa? entah. banyak sebab untuk air mata ini mengalir.
tidak terlalu laju. tetapi masih mengalir. untuk apa?
fatin. terima kasih mendengar. hadi. terima kasih menemani.
bee, terima kasih untuk nasihat utk adikmu ini.
tuhan, ya ALLAH. terima kasih.
di atas petunjuk-Mu & kekuatan yang dikurniakan
terima kasih untuk kalian berdua juga. safwa dan ielyas.
utk apa? entahlah. tak terungkai dengan kata - kata.
letih. sungguh. aku letih.
sedih. benar aku sedih.
namun rindu dan sayang itu, tetap hadir.
cukuplah.
di sini dahulu.
berakhir atau ujian?
takdir penentu segala~
Tuesday, November 25, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment