Monday, June 27, 2011
Quick Update
Okay.. super quickie.. update weekend lepas.....
Jumaat (after work):
1- @Carrefour beli bahan2 nak picnic keesokannya
Sabtu:
1- Brunch kat Mamak Asiba - kedai mamak feberet kami laki bini pasal kuah kari dia punyer lerr pekat (last time I used to hate curry.. can you ever believe it.. hehe).. makan nasi kandaq... aku amek kari kambing.. sedhapnyerr layan.. =p~
2- Mr Hubby g setelkan kete dia yang overheat kat bengkel
3- Aku start masak for picnic - Lasagna ngn Tempura Prawn. End up kena masak sengsorang juga sebab Mr Hubby tak abess2 lagi setelkan kete. Lepas setel keta, dia layan hindustan plak.. huhu
4- Petang dalam pukul 5.30, bertolak ke lokasi picnic bersama bekalan. Dekat tasik Shah Alam je... bentang tikar mengadap tasik.. dan makan.. pastu lawan cari perkataan dalam WordSearch.. confirm2 aku menang.... hahahhaaa. Ternampak orang naik perahu dan kayak.. so nampaknya aktiviti seterusnya, haruslah pegi berperahu atau berkayak kat tasik tu plak :p
5- Dah maghrib, masa untuk pulang rumah.... dan tunggu hari esoknyerrr
Ahad:
1- Breakfast makan lasagna semalam sebab buat banyak giler.. hehe then semalam makan tak banyak pasal dah kenyang pekena nasi kandaq
2- Keluar dalam pukul 10 pagi ke Summit, semangat giler nak dermakan darah nie. Kuar lambat sebab merata rumah carik buku donor tak jumpe. Aku punya nasib baik last2 jumpe, Mr Hubby terpakse buat buku baru sebab xjumpe buku dia. Arrive kat summit, pusing punyer pusing cari booth derma darah. Aku tao pasal blood donation nie pun sebab semak laman web Pusat Darah Negara. Kira penat jugalah berpusing akhirnya kami jumper. Alhamdulillah orang tak ramai. 1st - Form; 2nd- Weight; 3rd- BloodType; 4th- blood pressure; 5th- Verified; 6th- proceed to donater chair cum bed. Yg lawaknya, dorang boleh switch borang aku n mr hubby masa ambil berat, so waktu kaunter amek blood pressure, dia terkejut tengok nama kat form aku, baru perasan borang tertukar, kelam-kabut tukar balik dan betulkan info.. hehe.... last skali dapatla biscuit, folic asic, iron tablet, dan air 100Plus satu tin.
Mr Macho Man yg baru selesai derma darah... :)
3- Merayau-rayau survey harga aircond - ye dah lama dah planning nak pasang aircond nie.. biler ntah nak pasang... :D
4- Balik masak keowteow tomyam untuk dinner
Next week time for Transformers... bessnyerr... tak sabar nak gie tengok.. tiket pun dah beli.. oF COURSE its 3D.. harap2 3D dia okay..
Chow!! ;)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment