Tuesday, January 25, 2011

makin sakit sejak Sabtu. sebab tu hilang, lagi.

assalamualaikum.

hye. sy terase mcm diri sendiri mcm chipsmore - kejap ade, kejap tak de. okay sy rase entry ni mesti panjang lebar, full with grammar errors, dan makcik joyah pun mesti tak berminat nak bace. tak mengape, tak perlu bace. awal-awal dah terus terang ni.

sejak sabtu lalu, sy jadi semakin sakit. sangat. i mean dlm rabu ke khamis sy dah blh mkn burger lembu dgn tenang. slow-slow, asalkan sejuk dan tak pedas. sabtu, sy teringin nak makan ayam goreng drummet kecil tu. sy ingt sy dah ok, sekali malam tu mula sakit. sakitnye mcm mane? bile telan air liur, sakit di tekak, terus serang ke telinga, terus ke mata (senak), dan terus ke kepale.

semalam, Isnin makin sakit. malam semalam pergi Emergency deparment di hospital during night. tak boleh tahan lagi. makan mmg dah kurang sgt, sebab mkn roti pun sakit. tapi ni sampai minum air dan telan air liur pun tersujud sambil tutup telinga & mengalir air mate, bayangkan saje. jadi sakit sebegini sbb serangan di telinga dan kepale. itu perit. malangnya Dr tak mampu buat apa-apa dan suruh dtg semula utk rujuk pakar ENT, esoknya.

Pagi tadi terus pergi jumpa Dr ENT. entah apa sebab, beliau sedang moody. sy yg tgh sakit ni rase mahu cekik-cekik saje beliau. katanya, tak boleh buat apa, makan ubat & spray mcm biase, mungkin berlanjutan 2-3 minggu lagi. sakit tahu? badan dah susut sikit dlm 2-3 hari ni. susut SIKIT itu bermakna mmg sikit dan tiada siapa yg akan sedar ye.

dalam 2 hari ini jugak, berturut-turut Sugar kucing kesayangan yg alhamdulilah gemuk gedempol telah melukakan sy secara fizikal! kelmarin di tangan, semalam di kaki, akibat sikap gurau kasar beliau. grrr. nasib baik awk disygi tahu! oh ye, ptg td kaki terkepit pintu kereta pulak. what's next? kurang sikit dosa. hehe. (pasrah)

sebenarnya. jujur cakap, redha dengan kesakitan yg mendatang sejak november lalu. tapi banyak benar tanggungjawab yg tergendala. sgt banyak. sekarang mula terkumpul dan menyerabutkan otak. terutama apabila menerima desakan luar. sekarang bertimbun dan terpaksa selesaikan 1-1. entah macam mana nasib? masalah yang dicari sendiri, mungkin.

so esok akan mula dengan langkah pertama. langkah besar.

membuang semua useless item dari bilik, WARDROBE REHAB iaitu kemas almari sebetul-betulnya sebab terlalu berselerak sejak sakit, main gapai apa yang ada, main simpan apa yg sempat. ish, selekeh. majalah-majalah lama bertimbun utk dikitar semula walaupun bernilai hanya RM 0.22 sen / 1kg. segala rak-rak dan laci.

doakan sy berjaya esok. dan tolong doakan sy makin kurang sakit esok.

till then, thank you utk doa-doa dan take care.

oh ye, makan puas-puas selagi sihat, dan dlm masa yg sama jgn makan sampai mendatangkan penyakit. sungguh sy rindu masakan pedas, benda masin, panas, ayam, telur, ikan, keropok lekor, black pepper. T_____T



No comments:

Post a Comment