sy rindu mahu menulis di blog ini. ya rainbow, sy rindu kamu. kehidupan sy, biasa-biasa saja. sy bahagia dgn family, yg tersyg, kawan-kawan. err,yg sebetulnya, sy tiada masa pun utk mereka. sy hanya curi-curi masa utk mereka. begitulah kehidupan sy sejak bekerja ni. eceh, cakap lebih, padahal baru praktikal. *poyo*
bayangkan penduduk tetap di rumah termasuk sy, 4 orang. mama, kma, kak sally dan sy. tp, kma mcm sy, kerja shift tak tetap. kak sally pagi sampai lewat ptg. mama pagi sampai 'awal petang'. *mengamuk cikgu BM*kma, kadang awal pagi, sampai lewat ptg, kadang petang sampai lewat malam. makanya nanti, kami hanya berselisih. dan rindu merindui antara satu sama lain. itu bukan manis! itu sadis. uhh...
kawan-kawan? sedangkan yg sama tempat praktikal di BERNAMA pun kami sempat bertegur sapa dan berborak lebih kurang 5 minit saja. sebab kami lain-lain bahagian. lain hari berkerja dan cutinya. lain waktu masuk dan baliknya. maka, cuba bayangkan kawan-kawan kolej yg lain, rakan sekolah... oh jauh panggang dr api. facebook saja, kalau sempat. ya, sejak bekerja sy on9 sekejap-sekejap saja. sy tidur lama-lama.
tidur tidaklah lama mana. cukuplah lebih kurang mana yang sempat. masakan dapat tidur mencukupi? haruslah bangun awal walaupun kebanyakannya sy kerja petang. banyak perkara harus sy selesaikan. hal rumah, hal shawl,*businesswoman konon =P* hal peribadi, dan macam-macam lagi lah. tapi Alhamdulilah. sy masih hidup dengan sihat yg terlebih. faham bukan maksud sy? *tgk badan sudah*
sy sibuk. tp sy kepingin menonton wayang dan membeli-belah. bilakah? kelak mungkin. duit harus dicari lagi. bukan senang nak senang, bukan susah nak susah. tak mengapalah, yang Di Atas tahu mana rezeki sy. insya Allah. =)
support ya? doakan sy! =)
No comments:
Post a Comment