Friday, April 17, 2009

senarai kesyukuran

tag oleh akid - syakirin =P

saya bersyukur...

  1. saat sy menaip ni, sy masih ade jari -jemari utk menaip.
  2. saat sy menaip ni jgk, sy ade mata utk melihat skrin...
  3. saat ini jgk sy bersyukur punyai telinga & masih dpt mendgr kereta lalu lalang d belakang highway duke.
  4. sy masih ade mulut, utk menguap, bercakap, makan & gigit.
  5. sy ada lidah yg membolehkan sy merasai semua kelazatan makanan
  6. masih berkaki utk berjalan, berlari, melompat, berdiri & bersujud pd-Nya.
  7. miliki tangan utk melakukan pelbagai aktiviti harian.
  8. punyai rambut utk dijadikan mahkota wanita
  9. organ dalaman sy masih berfungsi dgn baik & memblhkan badan sy terus bernafas
  10. suara sy dpt digunakan utk bercakap, menyanyi & berkomunikasi
  11. perut yang elok utk memberi isyarat pabila lapar @ tersalah mkn
  12. sy punyai lengkap semua anggota badan tanpa sebarang cacat cela.
  13. perut sy dah kenyang sbb org lain mungkin ada yg sdg menahan lapar
  14. sy lahir sebagai anak tunggal sbb sy dpt rasa perasaan yg jarang org lain rasa
  15. sy punyai mama & abah yg terbaik d dunia hingga saat ni sbb mungkin ramai lg yg x punya ibu bapa
  16. sy masuk MRSM w/pun mula2 sy x nak sbb da 3rd intake kerana sy jmpa ramai kwn dr pelbagai negeri, pengalaman tnggl d asrama & yg paling penting, sy jumpa kwn2 D12 sy.
  17. sy ada sepupu sepapat yg rapat & gila2 sbb ramai yg dah terputus hubungan dgn sepupu mereka.
  18. sy ada aunties & uncles yg cool, open minded & caring tnpa pilih kasih sbb ramai lg yg x kenal pakcik - makcik die org.
  19. sy x kaya tp sy senang sbb mungkin kalau sy kaya, sy lupa diri.
  20. sy lahir d malaysia sbb jika nak dibandingkan dgn negara lain yg jauh lebih ssh & x aman
  21. sy selamat d negara ini sbb negara lain sdg berperang & ditimpa bencana alam yg pelbagai
  22. sy pernah berada d atas & d bwh sbb kalau x, sy x dpt rasa perasaan mereka yg d bwh.
  23. sy gemuk sbb tu tanda sy amat cukup makan & dpt rasa pelbagai mcm jenis mknan.
  24. sy sedar diri x terlampau cantik,cukuplah sekadar sedap mata memandang sbb kalau x, sy mungkin menyalahgunakan kecantikan itu,
  25. sy dah dapat lesen kereta sejak umur 18 sbb sy tahu ramai lg yg tak ada lesen kereta.
  26. sy pernah patah hati sbb sy taw mcm mana rasa kalau kita patahkan hati org lain.
  27. sy selalu pindah2 sampai ada 9 buah sekolah sbb sy ada ramaiii sgt kawan!
  28. almari sy penuh baju wlpun ada bnyk yg sy jrng pakai sbb sy kene ingt, ramai lg mereka yg nak tukar baju sebulan sekali pon ssh.
  29. kipas d rumah sy masih berpusing sbb itu tandanya sy masih mampu bayar bil elektrik.
  30. sy x terlalu pandai sbb sy x terlalu tension utk mengekalkan kepandaian sy.
  31. sy x terlalu bodoh sbb sy masih lg dpt belajar mcm2 dlm semua aspek kehidupan
  32. sy punyai air mata sbb mungkin sy jdkan air mata itu sebagai senjata sy
  33. sy dipanjangkan umur sbb hidup ini terlalu singkat.
  34. sy punyai kereta & rumah sendiri yg mama & abah hadiahkan utk digunakan wkt kerja kelak walhal sy masih belum habis belajar lg.
  35. sy x pernah cuba merokok sbb mungkin nnt sy x kan dpt berhenti merokok
  36. sy masuk MIIM (akademi tv3) sbb kwn2 sy dkt sini ajar sy makan roti planta & teh ais.
  37. sy pilih bidang broadcasting sbb sy belajar ilmu baru yg mmg sy minat walaupun letih & bz.
  38. sy x masuk matrix sbb mungkin sy x dpt score btol2 dkt sane. tgk kwn2 sy pun ramai yg lepasan matrix, dpt tawaran U tp x dpt bidang yg mrka minat.
  39. sy tolak bidang law walaupun sy minat sgt dr kecik sbb sy dah sedar, sy cuma minat ciri - ciri seorg lawyer yg kuat berhujah dgn yakin, bukannye sy minat utk menghafal atau belajar sejarah.
  40. sy tak teruskan cita - cita d dlm bidang forensik sbb sy sedar, sy mmg amat minat & menggilai bidang itu, tp mungkin itu bkn bakat, atau kemampuan sy.
  41. dlm 2-3 hari ni sy dpt luka - luka kecil sbb itu tandanya Allah nak mengurangkan kesakitan sy di hari pembalasan kelak.
  42. sy dpt berlindung dr hujan dan panas dlm rumah yg serba serbi ni sbb sy taw ramai lg yg terpaksa menahan diri menelan air liur melihat org lain yg selesa.
  43. sy pandai menulis dan membaca sejak kecil sbb kalau tidak, tentu sy x dpt melanjutkan pelajaran.
  44. sy punyai cukup segala - galanya utk menjalani kehidupan ini dan masih berdiri sehingga hari ini.
  45. sy masih rasa insaf pabila sedar bertapa bnyk dosa sy lakukan sbb itu tandanya sy masih diberi peringatan oleh Allah S.W.T
  46. sy ditimpa pelbagai masalah, sbb baru sy tahu ramai sgt yg masih menyokong, ambil berat dan syg sy walaupun kdng2 sy x nmpk pun semua tu
  47. sy masih punya hati yang lembut sbb kalau sy dah keras hati sepenuhnya, mungkin bukan sekadar tiada rasa simpati pd makhluk lain, tp sy juga mungkin jd manusia yg sgt kejam.
  48. sy masih terus hidup ke hari ni sbb kdng2 sy x sangka sy dah pun berjaya menempuhi pelbagai ujian yg mendatang.
  49. ramai yg tiba2 muncul d chatbox sy secara ikhlas atau tidak, sbb sy dpt mcm2 in4masi, nasihat, tomahan, peringatan. sbb sy baru sedar ramai lg yg menyokong sy dr belakang n yg plg penting, org yg tak kenal sy pun begitu ambil berat ttg sy.
  50. sgt2 bersyukur... sbb sejak 2 menjak ni. sy rasa makin dkt dgn Allah. dan sy nmpk... ramai org kasi sy pahala free2. terima kasih.

tak terkira kalau nak disenaraikan semua rasa syukur sy.
cuma kdng2 sy pun selalu x puas hati dgn apa yg sy miliki.
bila nmpk mereka yg kekurangan, baru sy syukur...
baru sy sedar bertapa bnyk rezeki sy...
bertapa bnyk nikmat tuhan berikan pd sy...

sy syukur sy islam... sbb islam agama plg benar n suci
sy syukur sy perempuan... kerna tgn ini yg goncangkan dunia
sy syukur seadanya...
kerna, kalau tidak.
sy tak mungkin jd diri sy skrng.
aqilah amin

terima kasih kpd Yg Maha Kuasa
dan juga makhluk - makhluk Allah yg lain.


No comments:

Post a Comment