Thursday, December 9, 2010

biarlah saya cuba, dan terus cuba

pendapatan mereka sudah mencecah 5angka.
itu ibu bapa saya, bukan saya.

mereka Datuk dan Datin. jutawan.
itu jiran-jiran saya, pakcik makcik saya, bukan saya.

mereka belajar tinggi-tinggi jauh di negara orang di bidang sains.
itu kawan-kawan sekolah saya.

kulit putih gebu, hitam manis, tinggi lampai, kurus berbentuk.
mereka sy kagumi, indahnya ciptaan tuhan, tapi bukan saya.

bekerja gaji selayak penggelar ijazah,
itu majoriti kawan-kawan diploma sy yang saya banggakan di bidang penyiaran.


****************************************************


itu mereka. mereka yang di sekeliling saya. keluarga. teman mesra. kawan-kawan.
BUKAN saya.


anak tunggal BELAJAR berdikari itu saya.
perempuan berbadan gempal BELAJAR untuk berusaha kurus itu saya.
budak kuat menangis BELAJAR untuk ketawa dalam tangisan itu saya.
diam-diam BELAJAR memerhati dari kesilapan dan pengalaman org lain itu saya.


jadi biarlah saya belajar untuk cari duit lebih, anak tunggal bukan alasan.

biarlah saya menjual sekadar di jalanan sekali pun walaupun sy mampu hidup senang sekarang. esok lusa apa jadi, siapa tahu? kalian? bukan. ALLAH.

makanan itu kegemaran utama, jadi biarlah kalau saya kononnya makan banyak sentiasa. sedang saya berusaha memilih makanan berkhasiat, bersenam, siapa tahu? perut, saya, Allah.

umur 21, baru diploma. apa hendak dipandang serong? sekurangnya saya pernah kerja gaji beribu pd usia itu, tatkala kawan-kawan ijazah masih belajar. ilmu sentiasa ada. boleh belajar hingga ke tembok china. jadi saya tetap belajar. kelak akan saya genggam yang lain, saya mahu dan insya Allah.

manja, kebudakan, ada kelebihan perangai itu asalkan tidak menyusahkan sangat dan tidak menimbulkan fitnah. masih ada kematangan di sebalik semua itu.


SATU saja.


biarkan saya terus cuba dan cuba utk jadi diri saya yang terbaik.
BUKAN jadi seperti mereka, mereka dan mereka. tapi menjadi AQILAH AMIN yang terbaik.
usaha tangga kejayaan, dengan izin-Nya. amin!


No comments:

Post a Comment