assalamualaikum. moga semua makhluk Allah di muka bumi dlm keadaan yg lebih baik.
aku dlm kedaan yang baik saja, Alhamdulilah. aku ini manusia, wanita, yg tak pernah lupa dalam mengingati Allah. tetapi aku juga sedar setiap hari aku ada buat silap, dosa, dan salah. tak kira samada sengaja atau tidak disengajakan. tapi, yang pasti aku yakin dan percaya tentang setiap yang Allah tetapkan. setiap yang Islam khabarkan. aku tahu itu adalah sebenar-benar ajaran, sebaik-baik pesanan.
Terimalah hakikat, sekarang kita hidup menjadi manusia akhir zaman. ada sesetengah org yg begitu jahil pd pendpt sy, berkata mmg begini hidup akhir zaman, telah dikatakan bahawa akhir zaman, manusia bermusuhan, maksiat berleluasa. TAPI sy kurang setuju, kerana memang kita akhir zaman, memang kita mengikut 'petanda' akhir zaman tu, tapi bukan ke tanda-tanda tu berlaku, atas perbuatan & tindakan kita sendiri. Faham tak? contohnya, membunuh. salah 1 tanda akhir zaman di mana membunuh itu perkara biasa. Tapi, kalau kita tak membunuh, bukan ke perkara tu tak jadi? semua ini atas akibat sebab perbuatan, kehendak, perlakuan sendiri.
Dlm Islam pernah dikatakan --- yang benar, yang sabar itu akan menang. sy setuju, sy percaya. jadi kadang kala bila semua benda seolah-olah membelakangi kita, dan tatkala itu org sekeliling mula menjauhkan diri dari kita, dan kita dah buat sebaik mungkin untuk memperbetulkan keadaan, tetapi kita masih menangis seorang diri, kita masih tertanya-tanya kenapa diperlakukan begitu, redha lah. Redha lah itu satu ujian buatmu. Redha lah mereka mungkin ada sebab berbuat demikian. Redha lah itu mungkin cara Dia untuk melihat kekuatan kita. Redha lah mereka yg kita syg, perkara yg kita syg, menjauhkan diri, mendiamkan diri & melukakan kita. kerana itu mungkin bkn salah mereka, cuma Dia yang menguji.
aku dilahirkan menjadi anak tunggal. Itu aku gelar takdir. Bukan salah ibu mengandung, tapi rezeki ditarik oleh Allah. Kalau tidak mungkin aku sedang bergembira dengan 2 org lagi adik yang telah pergi sewaktu di kandung ibu :) Adik, kalau ada rezeki kita jumpa di syurga ya... amin. dalam ratusan, ribuan rakan yang aku kenal selama 21 tahun ini, aku baru berjumpa dgn 2 org rakan yg anak tunggal juga. seorg lelaki, seorg perempuan. ternyata kami punya bnyk cara yg sama, perasaan yg sama. antara yg utamanya, kami mudah sygkan kawan. kami mudah percayakan kawan. kami cuba jadi terbaik utk kawan. kenapa? sbb kami hanya ada kawan, kami tiada adik beradik. untungnya kalian yg ada adik beradik & kawan. bila kawan melukakan, adik beradik tempatnya. bila adik beradik melukakan, kawan tempatnya. tapi, Allah Maha Mengetahui bukan? Insya Allah. ada hikmahNya.
Kawan. bila terlalu syg kawan, bohonglah kalau aku tidak pernah menangis sbb kawan. Terutamanya kawan perempuan. sebab mungkin lebih akrab sebab kalau kawan lelaki, akrabnya lain. ada benda kau selesa dgn kawan perempuan, ada benda kau selesa dgn kawan lelaki. ya, aku anak tunggal, tetapi ak punya ramai kawan. Alhamdulilah. tapi... kita pun tahu realiti hidup, kawan beribu, sahabat sejati? tepuk dada tanya selera. Aku sendiri pun bukan kawan yang baik. masakan kawan-kawan tinggalkan aku kalau aku kawan yang baik? kadang aku pun tak tahu apa salah aku. maksudnya manusia sentiasa melakukan kesilapan, sengaja atau tidak. yang tidak disengajakan itu, tolonglah ditegur. kadang kawan sering menuding, aku lah yg salah terutamanya sebab kononnya aku terlalu sibuk. aku mengalah, tahu aku salah. tapi aku perasan satu benda, kenapa asyik aku yang mengalah? berdosa sangat kah aku?
bila aku sayang kawan itu, aku buat apa saja. aku berusaha apa saja. betul, aku cuba jd yg terbaik. mereka melukakan, aku mengalah. aku minta maaf. tapi kadang sungguh aku sedih. asyik aku yang mengalah, asyik aku yang berusaha membetulkan keadaan. apa teruk sangat aku ni? kalau benar aku salah, tegur. kalau benar aku yang teruk, kadang aku rasa kamu lagi teruk sebab tak pernah pun berusaha memahami aku seperti mana aku memahami kau! hanya tahu menuding jari pada aku, dan mungkin dah naik lemak akibat sikap sentiasa mengalah aku ni. di saat air mata aku jatuh sebab seorang sahabat, bertapa jauh di sudut hati aku rindu pada rasa keinginan untuk mempunyai adik, abg, kakak. perasaan dan pengalaman yang tidak aku perolehi, dgn takdir Allah. pesan aku buat mereka yang punya adik-beradik, --- pergaduhan, salah faham, sifat hasad, mungkin ada. itu adat. tetapi mereka darah daging kau. mereka saja yg kau ada kalau kedua ibu bapa kau tiada. air yang dicincang tak akan putus. Manfaatkan hubungan itu sebaiknya. Sekurangnya kalau ibu bapa kau pergi kelak, kau ada bahu untuk menangis dan bersandar...
Ayah dan ibu. Emak dan bapa. Abah dan mama. Papa dan Mami. Daddy dan Mummy. Baba dan Umi. Dan macam-macam panggilan lagi. Anugera dari Allah yang paling berharga yang dikurniakan sejak aku lahir hingga saat ini. tetapi anugerah ini lah, cahaya ini lah yang paling selalu aku lukakan secara sedar atau tidak sedar... aku sedar sebagai seorang anak aku harus mengalah, taat, bersopan, terutamanya aku saja harapan mereka. aku yang menjadikan tawa dan tangisan dlm hidup mereka. malangnya aku rasa buat mereka dikurniakan anak seperti aku, yang ikut kepala, yang mungkin tak melawan tetapi muka ditarik masam bila tidak setuju, yang mungkin diam bila ditegur tapi bersuara juga bila kepala angin datang, yang rimas dijaga rapi ditatang bagai minyak yang penuh... Ya Allah, meremang bulu roma aku. maafkan anakmu ini abah mama.
anakmu ini seorang yang tidak suka dikongkong. walhal itu tandanya kalian risau, bimbang, lebihan lagi sekarang ramai org jahat. anakmu ini tidak suka ditanya pelbagai soalan, walhal tidak kah aku faham, pada siapa lagi mereka nak bertanya? anakmu ini seorang yang tidak suka bila masih ditatang seperti anak kecil, umurnya sudah meningkat puluhan tahun, walhal bila masa lagi kalian mahu ambil berat seperti itu kalau bukan pada anakmu yang satu ini. anakmu ini selalu inginkan masa berseorangan, ada masanya untuk diam, walhal pd siapa lagi kalian nak bercerita, berkongsi tawa, bermanja-manja? anakmu ini tidak gemar bila diganggu ketika di luar melakukan tugasan atau bersama teman lain, walhal bukan kalian tahu apa yg sedang aku lakukan di saat itu. anakmu ini bertindak kasar seolah-olah kalian nampak kesibukan diri ini... bukan salah kalian. anakmu ini faham perasaan kalian. sebab tu kadang anakmu ini diamkan saja, takut terguris lagi hati naluri ayahanda dan bonda ;'(
abah dan mama. jujur, sumpah, anakmu ini bersyukur sangat punya ibu bapa seperti kalian berdua. kalau lah mama dan abah tahu bertapa ramai kawan-kawan anakanda yang inginkan ibu bapa seperti kalian. aku berbangga bila aku punya ibu bapa seperti mereka. cuma mungkin aku tidak cukup berusaha memahami dan berterima kasih atas kehadiran mereka. pernah terdetik dalam hati aku, macam mana akibat perangai buruk aku ini, satu hari nanti Allah tarik mereka dari hidup aku? Ya Allah, demi tuhan, aku akan kehilangan seluruh hidupku. aku selalu berharap aku pergi dulu sebelum mereka, sebab aku memang tak sanggup kehilangan mereka. tapi itu bukan pilihanku, itu kerja Dia. atas sebab itu, aku masih, berusaha untuk jadi anak yang baik. yang solehah. aku memang cuba. tetapi kerap kali aku ditewaskan oleh nafsu amarah dan cepat rimas aku tu. perangai syaitan yang pastinya bukan datang dari mama abah... mama abah, tulus dr hati anakmu ini, jujur sangat-sangat, anakmu ini amat menyanyangi kalian, dan rasa bersalah setiap kali meninggikan suara dan bersikap sepeti si Tanggang. dan sesungguhnya, terima kasih, terima kasih sangat-sangat-sangat atas segala jasa, tunjuk ajar, kasih sayang, nasihat, didikan agama, masa, dan segala-galanya...
Buat sahabat, aku minta maaf yang untuk kali ke berapa, andai kata aku tersalah kata, terguris perasaan, sebab aku telah berusaha untuk jadi kawan yang terbaik. tetapi sering kali aku tewas. mungkin aku perlu belajar untuk menyembuhkan luka sendiri setiap kali kawan pergi pula? :) buat sahabat, aku bersyukur sebab dikurniakan ramai kawan yang baik seperti sekalian, dan harapnya kewujudan aku pernah mendatangkan sekelumit kegembiraan dalam hidup kalian. doa aku, insya Allah semuanya yang terbaik saja untuk kalian, dan ingat. aku masih di sini di saat kalian perlukan, tak kisah andai kata kalian pergi tinggalkan aku buat masa ini. Moga bahagia di samping hidup sekarang. jaga diri & ingat, sejauh mana kita lari, ke Allah juga kita kembali....
Untuk mama & abah, dah tak tergambar lg perasaan anakanda. cuma, Alhamdulilah, Allah masih meminjamkan mama & abah kpd anakanda. Kalau boleh, biarlah Allah pinjamkan sehingga hujung nafas anakanda :) anakanda amat sangat berterima kasih untuk semuanya, dan terima kasih mengajar dan menjaga denga sangattt baik sejak lahir. masakan kalau tidak kerana didikan mama abah, anakmu ini masih berfikir dengan waras mengikut Islam. moga iman ini tetap ada walaupun sejauh mana diri ini hanyut. sy syg amat sayang kalian, sekali lagi, terima kasih kerana menjadi mama & abah yang terbaik.
Hidup. Hargailah apa yang kita ada, selagi dia ada di depan mata. Sedetik lagi, bila-bila masa mereka boleh pergi... ingatan tegas untuk diri sendiri!
Assalamualaikum. Moga yang baik-baik saja untuk kita semua. Amin. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment